Sunday, June 7, 2009

UNITY GOVT:USAHA MEMBAWA PAS MASUK BN

Assalamualaikum,

Now you see it. Now you don't. Now you see it again. Begitulah keadaan unity government yang dicetuskan oleh idea presiden PAS dan disokong kuat oleh timbalan presiden PAS tetapi dicemuh oleh mursyidul 'am PAS.


Presiden dan timbalannya berkata kita tidak akan menutup pintu perbincangan dengan mana mana pihak. Kan kelihatannya seperti siuman kenyataan itu. Tetapi itu adalah satu smoke screen. Kalau UMNO/BN selalu gunakan smoke screen, PAS pun gunakan taktik yang sama.


Apabila UMNO berbincang dengan PAS, persepsi orang, bacaan orang dan tafsiran orang adalah tidak sama kalau PAS berbincang dengan persatuan penjual cincalok. Atau pun persatuan kompang. Apabila PAS berbincang dengan UMNO, ia adalah sesuatu yang membentuk hala uju negara. Ia pasti akan diterjemah PAS nak masuk BN semula.

Nafikan dengan seribu penafian, tetapi itulah tafsiran dan bacaan umum terhadap isu seperti ini. Dengan terlantiknya semula presiden PAS dan timbalannya, nyawa UMNO yang tinggal nyawa nyawa ikan dapat suntikan semula. UMNO dapat nafas baru. UMNO dapat nyawa baru.

Diperkuat lagi dengan perlekehan terkini timbalan presiden terhadap mursyidul am .

AHLI PAS MEMANG MAHU ULAMA

Assalamualaikum,

Membaca laporan mengenai berbalas hujah antara Husam dengan Haron Din menjadikan saya rasa perlu ditegaskan sekali lagi bahawa ahli PAS sememangnya senang dengan pimpinan ulama. Gerakan Islam sememangnya mesti dipimpin oleh ulama. Itu diterima baik oleh semua mereka yang mencintai gerakan Islam.

Cuma ada masa dan ketikanya pendapat dan hasrat daripada mereka yang di bawah perlu diberi perhatian dan di ambil perhatian. Bukan diperlekeh.

Juga ulama hendaklah memimpin. Dalam erti kata yang sebenarnya

Saturday, June 6, 2009

EMPANG PECAH

Asalamualaikum,

Diucapkan tahniah kepada semua perwakilan PAS yang telah bersidang dan telah membuat pemilihan pada Muktamar 55 yang sedang berlangsung. Semuanya berjalan dengan penuh semangat ukhwah.

Walaupun sebelun daripada ini media, terutama yang ditunggangi oleh BN cuba menusukkan agenda dan idea mereka agar pemilihan kali ini berjalan seperti yang mereka mahu. Alhamdulillah, itu tidak berlaku.

Saya mengucapkan tahniah kepada Ustaz Nasharudin Mat Isa yang telah berjaya meraih 480 undi untuk mengekalkan kedudukan sebagai Timbalan Presiden PAS. Media sebelum daripada ini cuba melagakan calon calon yang bertanding dalam pemilihan kali ini, terutamanya Datuk Husam Musa, yang kononnya mewakili kumpulan yang mereka namakan erdogan. Mereka cuba mencipta pertembungan antara golongan profesional dengan golongan ulama dalam PAS.


Membaca tulisan MSO yang seolah berasa lazat dengan kalahnya Husam menyebabkan saya rasa ramai penganalisis merasakan tren yang sedang berlaku dalam PAS ini akan berahkir dengan kalahnya Husam. Husam itu sendiri tidak penting dalam PAS, tetapi pemikiran yang sedang mengalir dalam PAS itulah yang penting.

Yang wujud dalam PAS sekarang ini ialah keinginan adanya golongan yang boleh jadi ingredient kepada berubahnya persepsi pengundi kepada PAS; selama ini ramai pengundi melihat PAS sebagai satu parti yang menggerunkan, konservatif dan ekstrimis. Pimpinan ulama semata mata gagal menanggalkan persepsi ini terhadap PAS, malah dengan pendekatan yang keras, ada pemimpin PAS yang semakin menjauhkan pengundi daripada menerima PAS, bukan mendekatkan mereka.

Pimpinan ulama sendiri yang membawa masuk para profesional dalam PAS, mereka bukan sahaja dipelawa, malah dialu alukan. Saya masih teringat bagaimana cerita almarhum Ustaz Fadzil Nor mengajak seorang pensyarah engineering menyertai PAS dengan tujuan untuk menguat dan memantapkan PAS. Apabila sekarang PAS secara ramai ramai disertai oleh para profesional, parti tersebut bukan sahaja telah keluar daripada kepompong lebai kampung, tetapi telah melakar imej bagus yang diterima dn dialu alukan bukan sahaja oleh orang Melayu dan orang Islam, tetapi juga oleh non Melayu dan non Muslim.

Hadhirnya para profesional dalam PAS tidak pernah menjadi ancaman kepada PAS, tetapi menjadi bahan penguat yang menambahkan kekentalan PAS. Hanya mereka yang bertaraf ulama yang tidak berdaya maju akan merasa tergugat dengan begitu ramai para profesional menganggotai PAS, kerana ini akan menjejaskan peluang mereka untuk memegang jawatan, kerana sekarang sudah ada saingan. Kerana, secara tradisi, para ustaz ini didahulukan, seperti dalam mempelawa untuk makan nasi, ustaz didahulukan, lepas itu barulah yang non ustaz. Maka, dalam konteks memegang jawatan, kaedah ini jugalah sepatutnya digunakan. Tetapi, dalam memegang jawatan, yang dinilai ialah prestasi, atau KPI, tidak kira ustaz atau non ustaz.
Di sinilah amalan tradisi ini runtuh dengan kemasukan para profesional, dan ada juga yang merasa terancam.

Oleh itu, ada keinginan dalam PAS sekarang ini untuk melihat prestasi mengatasi tradisi. Ada juga fraksi yang ingin menghalang perkara ini berlaku dalam PAS. Timbullah pertentangan. Walau bagaimana hendak disembunyikan pun, ahli PAS akan tetap bertanya bagaimana pimpinan PAS begitu leka sehingga Terengganu dirampas oleh BN? Sebaik sahaja selesai PRU 12, ada usaha untuk mewujudkan kerajaan kerjasama antara PAS dengan UMNO di beberapa negeri secara sembunyi sembunyi. Ini tidak disenangi oleh ahli di peringkat akar umbi. Harakah pernah siarkan berita mengenai idea unity government ditarik semula. Tetapi sekarang dinyalakan semula. Bukankah itu menggamit kesangsian ahli parti?

Kalahnya Husam dalam pertandingan kali ini bukan bermakna hasrat tersebut berkubur bersama Husam. Husam lain akan datang, dan landaan tersebut akan terus mara.

Kerana ia adalah air dari empang pecah.

TAHNIAH KEPADA YANG TERPILIH

Assalamualaikum,

Diucapkan tahniah kepada semua pemimpin PAS yang telah terpilih dalam muktamar 55.

Diucapkan tahniah kepada semua pekerja PAS yang bertungkus lumus menjayakan muktamar.

Yang tidak terlibat pun diucap tahniah.

Takziah kepada NST yang buat laporan seolah PAS dah nak hancur. Tapi sebenarnya kamu yang akan hancur.

Friday, June 5, 2009

THINGS HAVE CHANGED

Assalamualaikum,

Semasa membawa pelajar membuat fieldwork di Melaka, saya dapat perhatikan banyak perubahan yang telah beraku. Banyak rumah rumah orang kampung saya yang dibina daripada bahan konkrit, bukan lagi kayu. Rumah rumah yang dulunya berdiri tegak, sekarang hanya tinggal tapaknya saja,
Melaka telah melangkah agak agresif untuk memajukan sektor pelancongan. Dengan berbekalkan anugerah tidak terhingga World Heritage Site dari UNESCO, Melaka terus mempromosi pelancongan.
Banyak jalan jalan baru telah dibina yang menghubungkan tempat tempat yang dulunya tidak dapat dihubung secara langsung.
Semasa di Melaka, melilau aku mencari cyber cafe. Berhari hari tak jumpa. Nak gunakan hotel punya komputer mahal sangat charge nya. Nak pinjam broadband isteri, tak diberi pula. Cari CC tak jumpa pula. Rupanya cc ada kat melaka sentral. Bukan KL je yang ada KL Sentral, Melaka pun ada sentral, Kajang pun dah ada sentralnya. Things have changed.
Terbaca tulisan Ahmad Yamani dalam Harakah Daily, mengenai konsert Search di Terengganu. Katanya tidak ada sebarang bantahan daripada Pemuda PAS katanya. Walhal, dalam tahun 1988, semasa Search buat konsert di Terengganu, Pemuda PAS buat bantahan. Things have changed.
Muktamar PAS sedang berlangsung. Semasa menulis ini, proses pembuangan umdi sedang berlangsung. Macam mcam cerita timbul menjelang muktamar ini. Yang jelas ialah maranya golongan yang dilabelkan sebagai profesional seolah mencabar cengkaman para ustaz. Kalau perwakilan dan ahli inginkan perubahan yang sedemikian, ia patut diberi laluan. Things have changed.
Tulisan daripada penulis non Muslim juga menunjukkan perubahan persepsi mereka terhadap PAS. Mereka tidak lagi berasa takut terhadap PAS. Things have changed.
Arahkan pelajar buat kajian di kampung Morten di bandar Melaka. Penambah baikan kampung tersebut dilakukan oleh kerajaan negeri untuk mempromosikan pelancongan di sana. Things have changed.
Cuma walau macam mana pun, kampung Morten tetap kerap dilanda banjir. Juga rata rata penduduk kampung Morten adalah penyokong kuat BN.
Dalam hal ini,
Things have not changed.

PAS IS NOT SO SCARY ANYMORE

Assalamulaikum,




In a changed perception of voters and the population at large about PAS, it is comforting to note that when non Muslim non-Malay has this remark to make about PAS:
To a wide swathe of the non Muslim population, PAS is certainly not so scary anymore.
-Joan Lau, Malaysian Insider