Wednesday, October 7, 2009

KALO TIPU BOLEH BAGI MENANG, TIPU LAA

Assalamualaikum,

Bermula dengan hari penamaan calon dimana seorang orang kuat UMNO yang kelihatan kuat tiba tiba kena belasah, tetapi tiada pengesahan medikal mengatakan cedera, sehinggalah calon yang bergelumang dengan noda memualkan sehinggalah kepada senarai pengundi yang bertindih, UMNO/BN hanya punya satu moto: kalau dengan tipu boleh menang, mengapa tidak tipu?

Apa komen anda tentang gesaan ini?

Dan anda perlu bersifat saintifik kalau anda hendak menolak atau memperlekeh penemuan ini.

Tuesday, October 6, 2009

BN KALAH

Assalamualaikum,

Kemungkinan BN kalah dalam pilihan raya kecil (prk) Bagan Pinang adalah sesuatu yang tidak boleh disangkal, sebabnya ialah hanya sekitar 50% daripada undi orang melayu akan pergi kepada BN/UMNO. Undi orang Cina, dan India akan memukul BN, dan dengan itu peluang mereka untuk gagal lagi dalam prk ini adalah tinggi.

Calon yang mereka kemukakan juga adalah setaraf dengan Rohaizat yang dikemukakan dalam prk Penanti. Calon tersebut adalah calon yang bermasalah. Mengapa orang yang telah didapati meagamalkan rasuah tidak didakwa di mahkamah? Bukankah ini menunjukkan bahawa amalan bersih atau integriti tidak dipenting oleh BN/UMNO?

Sebahagian pengundi akan terus memberikan undi mereka kepada BN, tetapi tidak cukup untuk menjamin kemenangan BN. Walau pun hampir keseluruhan analisis yang saya baca menjurus kepada lain daripada apa yang ingin saya katakan, saya tetap mengatakan:

BN kalah dalam prk Bagan Pinang!

Monday, October 5, 2009

NAJIB:RASUAH ISA HANYA TEKNIKAL

Assalamualaikum,

Dalam mempertahanakan calon yang rasuah yang dipilih UMNO untuk prk Bagan Pinang, Najib berkata rasuah yang dilakukan ISA Samad hanya bersifat teknikal dan tidak melibatkan sistem perundangan negara.

Betul pak PM, apa yang orang UMNO buat semuanya boleh dirunding semula. Asalkan jangan lawan tokeh. Rasuah tak apa. mencuri tak apa. Merompak tak apa.

Lawan tokeh jangan sekali.

Sunday, October 4, 2009

ERA TOK LEBAI BERKAHIR

Assalamualaikum,

Selepas daripada ini, satu era dalam PAS, yang saya namakan era TOK LEBAI akan berakahir. Ini adalah satu perkembangan baik dalam kematangan PAS berpolitik. Apakah yang saya maksudkan era tok lebai itu?

Tok lebai adalah orang berpengetahuan dalam seluk beluk Islam diperingkat kampung dan selalu menjadi rujukan dikalangan orang setempat. Tok lebai juga biasanya mempunyai peribadi yang mulia dan berkahlak baik. Secara kampungnya tok lebai biasanya dilabel sebagai baik hati.

Tetapi oleh kerana tok lebai ini baik hati, dan tidak reti untuk menipu, maka ini dilihat sebagai satu ruang oleh pihak yang ingin mengambil untung dengan memananupulasi keadaan dan tidak mendedahkan keseluruhan maklumat. Hanya maklumat yang ingin dikehendaki supaya diketahui oleh tok lebai sahaja diberi tahu, maklumat lain yang bersifat tambahan disorokkan, oleh itu apabila pendapat atau sokongan tok lebai diperlukan, maka dengan memanupulasi situasi, sokongan atau restu daripada tok lebai boleh diperolehi.

Dalam masyarakat memang ada tok lebai, dan memang ada yang jenis memanupulasi keadaan untuk kepentingan sendiri. Jenis suka memanupulasi situasi ini saya namakan musang.

Ibrahim Ali adalah orang yang telah mendapat khidmat dan restu tok lebai di tempatnya. Dengan restu tok lebai tersebut, Ibrahim Ali telah menyambung hayat politiknya apabila beliau diangkat menjadi ahli parlimen Pasir Mas dalam pilihanraya 2008.

Seekor musang tidak akan berterima kasih kepada tuan ayam apabila telah berjaya menangkap ayam untuk dijadikan habuannya. Yang pasti ialah musang akan datang lagi dan lagi dengan menggunakan seribu helah agar nafsu serakahnya dapat dipenuhi lagi dan lagi.

Biasanya tok lebai akan memberi dan memberi lagi ayam untuk dibaham oleh si musang, kerana tok lebai tebal dengan pegangan kelebaiannya.

Tetapi apabila habis satu reban ayam dibaham oleh si musang, maka tok lebai akan terpinga.

Aku telah kena tipu!

Era tok lebai dalam PAS sudah berakhir.

MERACUN

Assalamualaikum,

Telah menjadi tabiat sebahagian orang Melayu dulu dulu sejak zaman Hang Tuah atau sebelum itu lagi sehinggalah sekarang menggunakan kaedah yang berpaksi kepada hasad dan dengki untuk menjatuhkan seseorang yang tidak mereka sukai.

Dua buku yang diletakkan dicermin kereta sebagai usaha UMNO memfitnah.Picture by Choo Choy May


Demi kepentingan politik, maka mereka gunakan kaedah yang telah sekian lama digunakan. Menulis surat beracun, fitnah, tuduhan palsu dan pelbagai cara yang keji.

Penyebaran buku yang menghentam Khalid Ibrahim sebaik sahaja penamaan calon di Bagan Pinang adalah jelas menunjukkan betapa terdesaknya orang UMNO di Selangor dan juga di Malaysia.

Rakyat akan terus menolak mereka.