Kombinasi antara Ann Wan Seng dan Raja Petra Kamarudin barulah jadi bahan hebuhan. Pada hal dah lama dah keluar.
Thursday, October 7, 2010
Wednesday, October 6, 2010
SIRI MULTIPLE ERROR.....6
Assalamualaikum,
Hal siri mulitple error mengenai TKI ini belum selesai lagi.
Apabila semua usaha yang aku cuba tidak mendatangkan hasil, maka telah sampai masanya aku buat keputusan, iaitu secara tanpa dirancang dan secara multiple error permit pembantu rumah ini terpaksa dibatalkan dan dia dihantar pulang.
Maka beli tiket untuk hantar dia balik ke Jakarta . Kemudian dengan menggunakan tiket tersebut aku pergi ke Imigresen di Putrajaya, matikan permit dia dan buat check-out memo untuk dia. Tu pada 27 Mei 2010.
Pada 1 Jun 2010, terima call daripada Klinik Chen mengatakan Fomema membenarkan rayuan kes si Ros ini dan suruh buat satu lagi medikal.
Kenapalah kau tidak respon awal awal lagi. Sekarang aku dah matikan permit TKI tu. Esoknya, semasa aku di UPSI, isteri pula sms, tak pergi ke ke Klinik Seremban tu hal si ROS tu?
Maka dudup dadap aku memecut dari Tanjong Malim ke Seremban sebab bini dah bising. Penatnya badan tidak terkira. Oleh kerana aku perlu uruskan beberapa hal di UPSI, maka masa bergerak ke Seremban tu telah agak lewat. Sampai di Seremban sekitar jam 5:00 petang.
Klinik Chen Man Hin dah tutup.
Satu error lagi.
Pada 5 Jun 2010, si ROS berlepas ke Jakarta.
Selang beberapa hari Fomema telefon aku. Yang cakap tu namanya Aminah.
Dia kata panel Fomema membenarkan encik buat rayuan.
Aku cakap, hari tu kau kata hal drug dan pregnancy tak boleh buat rayuan. Sekarang kau kata boleh buat rayuan pula. Aku dah rugi beribu ribu ringgit . Kalau hari tu kau cakap terpulang samada nak buat rayuan atau tidak, kan ke lain strategi yang akan aku ambil!
Pembantu pun aku dah hantau balik. Poorah.
GRUP BENGAP SUSUT NILAIKAN UMNO
Assalamualaikum,
Tidak lari daripada analisis saya kalau survey menyatakan bahawa populariti Najib mendaki tinggi. Juga perkara baik yang dicadangkan oleh pentadbiran sekarang sememangnya baik, walaupun lawan politik akan mensenyapkannya.
Saya rasa apa yang dinayatakan dalam Government Transformation Plan adalah suatu usaha yang bagus dan sejajar dengan strategi yang akan diambil oleh mana mana negara yang dirancang rapi yang ingin melonjak ke tahap yang lebih tinggi lagi.
Begitu juga saya perhatikan memperkenalkan KPI kepada ahli kabinet adalah satu usaha yang bagus, kerana kebanyakan organisasi besar dan bagus di dunia mengamalkan perkara ini. Saya amat kagum apabila saya baca laporan tahunan Murphy Oil Corp (ingat cerita Malaysia menggadai kawasan laut Limbang?) yang mana dilaporkan KPI semua lembaga pengarah mereka dan dengan itu orang boleh menilai samada mereka buat kerja atau tidak.
Konsep 1 Malaysia sebenarnya adalah satu konsep yang baik, tetapi kerana ramai kumpulan yang bengap dan memang sengaja menjadikan mereka bengap, maka konsep ini hanya menjadi dendangan di bibir sahaja, tanpa dimengerti maksud sebenar dan dihayati tuntutan sebenar.
Bayangkan kalau TPM tidak faham konsep 1Malaysia, dan bayangkan kalau menteri menulis dalam akhbar dan menelanjangkan dirinya sebagai amat bebal dengan konsep ini, maka apa yang akan berlaku ialah rakyat akan memandang mereka dengan nilai yang telah tersangat susut.
Itu yang terjadi dengan Najib. Mereka yang bergayut dengan kelambu UMNO lah yang menyebabkan UMNO amat susut nilai sekarang. Pendekatan menyerang DAP dengan cara yang menunjukkan kebengapan yang superlatif, sehingga mereka sendiri dicabar memulangkan gaji mereka kalau apa yang DAP lakukan di Penang salah. Pendekatan pendekatan yang sangat rasis adalah merugikan UMNO sendiri. Menyusutkan nilai UMNO.
Jangan terikut dengan kebengapan superlatif PERKASA yang cuba kononnya menyokong salah satu calon PKR yang bertanding jawatan. Tindakan grup ini bukan menunjukkan keintelektualan, tetapi kebengapan superlatif.
Mengapa Najib dan UMNO tidak terus memacu dengan program bagus seperti GTP itu tanpa menghiraukan kritikan orang lain?
Adakah kerana ada satu mak cik bergayut di kelambu UMNO?
Labels:
ANALISIS
TAHNIAH MALAYSIA
Assalamualaikum,

Diucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia dalam sukan Commonwealth yang telah berjaya memenangi pingat emas. Yang dapat pingat bukan emas pun diucapkan tahniah. Yang tidak dapat pingat pun diucapkan tahniah.
Labels:
SUKAN
Monday, October 4, 2010
TIDAK MENCEMAR DULI
Assalamualaikum,
Tidak ada beban buat apa batu nak di galas. Jadi aku nampak anak raja tu tidak akan mencari beban untuk digalas.
Tdak akan mencemar duli di GALAS
Labels:
POLITIK
BERCEKAK
Assalamualaikum,
Apabila telah merasat lazat memegang kuasa, dan kemudian merasa lazat dengan habuan yang menggolek bersama kuasa yang diperolehi, maka perebutan berlaku.
Kebanyakan parti yang tiada tarbiyah akan bercekak antara satu dengan yang lain. Kalau dulu sibuklah orang menghina BN dan parti komponennya bercekak semasa pemilihan peringkat parti masing masing, UMNO bercekak, MIC bercekak, MCA bercekak, GERAKAN bercekak, semua bercekak.
Sekarang mana nak sorok? PKR bercekak. DAP bercekak.
PAS pun ada bercekak. Tapi belum bengkak.
Labels:
POLITIK
Friday, October 1, 2010
SIRI MULTIPLE ERROR.....5
Assalamualaikum,
Poning kepala aku memikirkan medical si ROS gagal. Pergi hubungi FOMEMA di Seremban. Aku buat urusan fomema di Seremban sebab orang tidak ramai berurusan di situ dan ada doktor panel yang menyediakan khidmat x-ray. Dulu berurusan di Pusat Bandar Damansara. Serik aku.
Fomema Seramban suruh aku buat rayuan. Tetapi katanya, hanya doktor sahaja yang boleh buat rayuan. Doktor sudah buat error, patient tak sihat dibenarnya buat medical. Yang aku si majikan ini pun buat error, pekerja tidak sihat pun suruh buat medical.
Pergilah aku dudup dadap merafak ke Dr. Chen Man Hin. Dia kata dia akan buat rayuan.
Beberapa hari dia suruh si ROS datang sebab nak ambil urin test dia lagi. Aku bawa si Ros buat urin test. Bayau lagi.
Kau orang tau tak si Ros ni janda muda. Baru 24 tahun. Sama baya dengan anak perempuan aku yang paling junior.
Oleh kerana tidak ada news lepas tu, aku merafak lagi ke Fomema Seremban. Kali ini jumpa orang lain pula. Orang ini kata hal drug tidak boleh rayu. Lagilah buat hati aku susah.
Aku telefon pula Fomema Pusat di Pusat Bandar Damansara, bercakap dengan seorang namanya Aminah. Dia dengan gah dan sombong tak tentu fasal kata MOH (ministry of health) telah buat pekeliling perkara yang berkaitan dengan drug dan pregnancy tidak boleh rayu.
Aku tidak puas hati, pergi lagi dudup dadap ke Pusat Bandar Damansara, jumpa dengan si Aminah ini, dia cakap, kan saya dah kata, hal drug dan pregnancy MOH arah tidak boleh rayu.
Aku rayu macam mana pun dia tak layan.
Teringat pula seorang kawan bekas driver bas U Malaya. Menantu dia timbalan menteri kesihatan (kabinet yang lepas, kabinet sekarang aku tidak pasti jawatan si menantu ini). Dudup dadap aku merafak tempat driver bas U Malaya lepak, akhirnya dapat nombor hp kawan ini.
Syeikh, kataku masa telefon kawan ni, minta jasa baik guna anta punya kabel, ....ceritanya macam ni........ boleh tolong?
Habuk pun tarak.
.......akan sambung..... kalu ada foto si Ros nanti aku upload
Labels:
MULTIPLE ERROR
THE ECONOMIST KATA UMNO AKAN KALAH PRU
Assalamualaikum,
The Economist meramalkan UMNO akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang. Baca di sini.
Bukan tu saja, kajian mereka juga mendapati ketidak stabilan yang berlaku sekarang adalah disebabkan UMNO mencuba dengan apa cara jua, halal bisa, haram pun bisa, untuk terus berkuasa.
Labels:
POLITIK
Subscribe to:
Posts (Atom)
