Monday, February 7, 2011

TUAN PJ, MESY ATUR STRATEGI AULA

Assalamualaikum,

Berdakwah adalah penting dan sangat aula. Ia amat dianjurkan.

Ada sebuah negeri yang akan hadapi pilihan raya kecil beberapa minggu lagi.

Semasa aku mengendalikan jentera pilihanraya satu masa yang silam dulu, sekiranya sudah sampai ke peringkat ini, tidur pun  pun dah tak menentu. Perlu mesyuarat, mesyuarat dan mensyuarat. Atur strategi, atur strategi, atur strategi.

Semalam aku dengar suara Tuan PJ ceramah dan ceramah hampir rumah aku.

Siapa nak atur strategi tuan PJ?

Sunday, February 6, 2011

TERNAK AEGYPTI & ALBOPICTUS

Assalamualaikum,


Suma orang tahu sekarang denggi menyerang teruk. Juga suma orang tahu yang PBT, pihak berkuasa tempatan, bertanggung jawab untuk membenteras aedes buat kenduri kawin dan jemput kahum kerabat depa.

Tapi bagaimana pula kalau PBT sendiri yang ternak bendalah ni? Gambau di atas diambil sebelah pagau bangunan sebuah PBT. 

Depa ternak aedes kot

Friday, February 4, 2011

SIAPA AKAN TERAJUI MESIR?

Assalamualaikum,

Merungkupnya mubarak adalah sesuatu yang tidak dihiraukan lagi pada saat ini, kerana semua pendapat didunia ini saya rasa menjangkakan bahawa mamat tersebut akan bungkus.

Memegang kuasa sampai mati, atau seperti istilah almarhum ustaz Fadzil, seperti kucing yang ditarik dari ekornya akan memanjangkan kuku supaya tidak terlepas daripada apa yang sedang dipegang, telah menjadi kebiasaan dan amalan banyak negara umat Islam.

Sebahgian pemimpin Arab  amat gemar mengisytiharkan Ana Sultan.Sehingga pemerintahan Islam dijadikan harta milik keluarga yang dipusakakan hanya dikalangan keluarga sendiri sahaja.

Sukar sekali untuk mendapatkan orang islam yang menilai pemerintahan itu sebagai satu amanah Allah.

Apabila mubarak berundur, siapa yang akan menerajui Mesir?

Dapatkan tokoh Ikhwanul Muslimin menerajui nya? Kau fikir barat, yahudi dan konco mereka akan membiarkan hal tersebut berlaku?

Tuesday, February 1, 2011

METEOROLOGI BUANG TEBIAT

Assalamualaikum,

Bila aku lihat gambar kampung Tehel, Melaka yang dinaiki air banjir semalam, maka ia adalah sesuatu yang dijangka berlaku . Sekitar waktu seperti ini angin timur laut yang mengaut lembapan di sepanjang Laut China dan Laut China Selatan meluahkan kautannya di kawasan yang dilalui.

Cuma kali ini trajektori laluan angin tersebut mungkin telah ke bawah sedikit dan kekuatannya juga agak berlebihan sehingga kawasan pantai timur johor ditimpa banjir besar. Samada banjir ini akan sama besar dengan apa yang telah berlaku pada Dis. 2006 dan Januari 2007 sama sama akan kita lihat nanti.

Sekiranya tumbuhan di negeri negeri Johor, Negeri Sembilan dan Melaka kekal pada keadaan 30 tahun yang lepas, tempat tempat seperti Segamat, Gemas dan Asahan mungkin tidak dinaiki air setinggi sekarang. Tetapi disebabkan pembangunan berlaku dan ia menanggalkan tumbuhan dari tempat asal mereka, maka sebarang penyimpangan daripada tabiat meteorologi yang biasa dijangka di laluan ini akan membawa kesan yang sukar dijangka.

Apa yang penduduk perlu tahu ialah sistem saliran yang sedia ada telah ketinggalan zaman dan perlu di tambahbaik untuk mampu menampung keadaan hujan seperti yang dialami sekarang.