Tuesday, April 21, 2009

MELAKA TETAP DI HATIKU

Assalamualaikum,

Walau pun negerinya kecil, namun terdapat terlalu banyak keunikan di Negeri Melaka. Terlalu banyak yang boleh dikongsi oleh rakyat Malaysia mengenai banyak hal di Melaka ini. Misalnya, di Gajah Berang, ada komuniti India yang bertutur dalam bahasa Melayu. Misalnya, di Tanjung Keling, ramai non Muslim yang sering melafazkan kalimah syahadah. Misalnya, kampung Morten, walaupun namanya macam nama Denmark dan selalu kena banjir, ia unik sebagai warisan budaya Melayu.

Tetapi sifat sifat peninggalan zaman hang Tuah kadang kadang ada juga di kalangan rakyat Melaka ni. Tau kan sifat sifat zaman hang Tuah, sebab itu Jebat pulun orang Melaka.

Yang paling menonjol sekarang ini ialah Melaka masih lagi belum mampu untuk memberi kemenangan kepada PAS. Atau adakah PAS masih lagi belum mampu menang di Melaka. Yang mana satu.

Saya nampak apa yang perlu diperbaiki di sana.

Cuma, will it be accepted?