Wednesday, November 4, 2009

BN TAWAN KELANTAN?

Assalamualaikum,

Sekirannya BN beri wang imbuhan kepada Kelantan, samada royalti atau wang ehsan, maka gula gula tersebut pasti akan termakan oleh sebahagian pengundi Kelantan.

Ditambah dengan sesuatu yang tidak dapat dielak, iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz lambat laun akan tetap meninggalkan tampuk pemerintahan Kelantan.

Kombinasi dua faktor ini cukup untuk menggegar kekuatan PAS di Kelantan.


ALLAH SURUH TUNGGU

Assalamualaikum,

Saya dah buat posting mengatakan nak bercuti mengerjakan haji pada 4 Nov. 2009.

Malam tadi dapat panggilan telefon minta saya ambil penerbangan pada 13 Nov. 2009.

Saya pun kata ok la ustaz.

Walaupun kenduri dah buat.

Walaupun dah salam bersalaman.

Walaupun bye bye mye bye.

Allah kata tunggu,

Tunggu je la.

Monday, November 2, 2009

CUTI MENGERJAKAN HAJI

Assalamualaikum,



courtesy amazon islam pictures




MULAI 4 NOV. 2009 SEHINGGA 18 DIS. 2009 SAYA CUTI MENGERJAKAN HAJI.

WALAU BAGAIMANA PUN, SEKALI SEKALA UPDATING AKAN DILAKUKAN DARI MASA KE SEMASA.

KEPADA SEMUA YANG TELAH MENGHADHIRI MAJLIS WALIMAH ANAK SAYA PADA 31 OKT. 2009, DIUCAPKAN TERIMA KASIH.

MOHON SEMUA DOAKAN SEMUGA SAYA DAN ISTERI DAN SEMUA JEMAAH HAJI MENDAPAT HAJI YANG MABRUR, SELAMAT PERGI DAN KEMBALI KE TANAH AIR.

WASSALAM