Wednesday, November 9, 2011

IBADAT HAJI SELESAI SUDAH

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Apabila jemaah haji selesai mengerjakan yang rukun dan yang wajib dalam ibadat haji, maka selesailah pekerjaan haji mereka.

Tuesday, November 8, 2011

RM TEBAKAU

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Semasa ke masjid untuk zohor tadi teperanjat besau aku melihat seorang kawan yang sepatutnya sekarang berada di Makkah menunaikan haji memboceng motosikalnya. Bila ditanya, katanya, sehari sebelum berlepas, pemergiannya bersama isteri dibatalkan kerana hentah nombor apa ke tidak dapat dikeluarkan oleh saudi.

Dia bercerita mak saudaranya yang mengalami perkara yang sama sedang menyorok somewhere di Malaysia untuk menyejukkan hati.

Ada yang bercerita penerbangan jemaah haji Malaysia yang hujung hujung ini telah berlepas hingga ke Colombo, tetapi berpatah  balik kerana juga tidak lulus hentah hapa ke bendanya. Ada yang telah ke Singapura dengan harapan visa dikeluarkan oleh pihak saudi di sana, namun berpatah balik.

Ada cerita jemaah sudah duduk dalam kapal terbang, tetapi disuruh turun kerana kensel semuanya.

Cuba kau check, betul ke desas desus yang kencang bertiup disebabkan VVVVVVIP nak buat haji cepat dan bawa rombongan, maka susunan yang diatur oleh pihak berkuasa urusan haji jadi tonggang langgang.

Kalau yang menabung untuk pergi haji seumur hidup, tetapi bila dah naik kapal terbang kena patah balik ke Malaysia, itu tandanya

duit dah tebakau. Berasap.

ARRAHMAN

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




ArRahman. Sesuatu yang maha ajaib yang kita sentiasa mengharapkannya.

Masjid ArRahman, di luar U Malaya, Jalan Pantai Baru KL.
Masjid ArRahman, Batu Feringhi, Pulau Pinang. Gambar diambil Jun 2011.

Bila aku dapat camera free dengan menukar poin pada kad kredit, gambar pertama yang aku pastikan diambil ialah muka Al Qur'an.

Berbetulan pula surah ArRahman