Saturday, August 1, 2009

DR.HATTA BAJU KOYAK JE

Assalamualaikum,

Baju koyak tu perkara kecil Dr. Hatta. Nanti BN dirabakkan pula.














MD NOR & HASBULLAH PIT KENA TANGKAP

Assalamualaikum,
Seorang anak usrah, Muhammad Nor Nasruddin dan seorang blogger -mengikut beliau belogawan ditangkap semasa demonstrasi anti ISA.

Biasaklah tu.

DEMO: 200 DITANGKAP

Assalamualaikum,


4.50pm Pasukan polis berkenaan beredar dari situ.

4.45pm Kira-kira 20 anggota polis berada di depan ibupejabat PAS di Jalan Laut. Bagaimanapun mereka tidak dapat masuk kerana pihak PAS enggan membuka pintu. Kelihatan tiga trak FRU dekat situ.

4.20pm: Media melaporkan antara 10,000 hingga 15,000 penentang ISA berkumpul semula sekitar kompleks membeli-belah Sogo - mereka kemudian ditembak gas pemedih mata dan meriam air.

Mereka mula melaungkan slogan-slogan anti-kerajaan dan membantah akta itu sejak kira-kira 4 petang.

4.02pm Polis melepaskan dua tembakan gas pemedih mata dan tembakan meriam air ke arah penyokong anti-ISA di hadapan ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut ketika mereka sedang bersurai.

3.38pm Timbalan Pengerusi 11 Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun dihalang di depan Public Bank Jalan Tun Sambathan pada jam 2.45 petang tadi daripada ke Istana Negara untuk serah memorandum.


3.45pm Kira-kira 5,000 penentang akta ISA yang berkumpul di atas jalan di depan ibu pejabat PAS diminta bersurai selepas mendengar ucapan pemimpin pembangkang, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh popular Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS Mahfuz Omar.

Semua pemimpin kanan Pakatan Rakyat berada di dalam bangunan ibu pejabat PAS sekarang - dijangka akan mengadakan sidang media.

UPDATE TERKINI DEMO ANTI ISA

Assalamualaikum,


3.38pm Timbalan Penerusi 11 Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun dihalang di depan Public Bank Jalan Tun Sambathan pada jam 2.45 petang tadi daripada ke Istana Negara untuk serah memorandum.

3.35pm Kira-kira 2,000 berhimpun di depan ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut. Mereka duduk di atas jalan, dipercayai untuk menghalang kenderaan polis ke situ. Mereka turut melaungkan 'Mansuhkan ISA'.

3.30pm Ratusan orang kelihatan bergerak menuju ke arah bangunan ibupejabat PAS. Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang ikut sama.

3.29pm: Manakala dua penyokong anti-ISA dapat melepasi kawalan polis untuk sampai ke Istana Negara tetapi kemudiannya ditahan polis

3.25pm Tinggal 100 orang kelihatan berlegar di kawasan masjid negara. Juga kelihatan beberapa anggota polis sahaja di situ. Sebelum ini polis melepaskan tembakan meriam air.

3.20pm Sebelum itu, stesen LRT Bandaraya dekat Sogo telah ditutup. Turut ditutup ialah stesen LRT Masjid Jamek dan Pasar Seni.

3.05pm Polis menembak gas pemedih mata lagi ke arah sekumpulan orang yang berhimpun semula berdekatan Sogo.

3pm Polis melepas tembakan meriam air ke arah kira-kira 300 orang yang berkumpul semula dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman. [Malaysiakini BM]

UPDATE DEMO MANSUH ISA

Assalamualaikum,

2.53pm Pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan berkumpul di Masjid Negara dahulu sebelum bergerak ke Istana Negara untuk menyerahkan "deklarasi rakyat".

2.50pm Asap gas pemedih mata kelihatan berkepul-kepul selepas ditembak untuk menyuraikan kumpulan penentang ISA.

2.42pm Kumpulan dari arah Sogo yang bergerak di sepanjang Jalan Raja Laut ditembak gas pemedih mata.

2.41pm Polis melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan meriam untuk menyuraikan perhimpunan di bulatan dekat Bank Negara.

2.39pm Kumpulan dari arah Sogo menuju sepanjang Jalan Raja Laut ke arah Dataran Merdeka selepas berhimpun dan mendengar ucapan ringkas.

2.37pm Polis melepaskan berpuluh-puluh gas pemedih mata ke arah lebih 2,000 penentang ISA bersama pemimpin PAS Dr Hatta Ramli di bulatan dekat Bank Negara.

2.33pm Orang ramai merempuh polis untuk ke dataran ikut belakang. Kira-kira 200 terlepas bersama Dr Hatta Ramli.

2.30pm Saksi-saksi menganggarkan hampir 10,000 berkumpul dekat Sogo, simpang jalan Dang Wangi dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. [Malaysiakini BM]

TANGKAPAN DEMO MANSUH ISA

Assalamualaikum,



12.10pm Jumlah mereka yang ditangkap di Pasar Seni kini meningkatkan kepada 14 orang. Jumlah keseluruhan yang ditahan setakat ini ialah 64 orang.

12.05pm Empat lagi ditahan di Sogo - menjadikan 11 orang ditahan setakat ini di perkarangan kompleks membeli belah itu. Jumlah keseluruhan yang ditahan setakat ini ialah 58 orang.

11.50am Tujuh lagi penyokong perhimpunan ISA ditahan di perkarangan kompleks membeli belah SOGO - menjadi 58 orang ditahan setakat ini.

11.45am Seorang lagi ditahan di Pasar Seni, menjadi jumlah mereka yang ditahan setakat ini meningkatkan 51 orang. Kira-kira 100 orang penyokong anti-ISA kelihatan berkumpul di stesen KTM berhampiran Masjid Negara.

11.40am Jumlah mereka yang ditangkap di Pasar Seni meningkat kepada lapan orang, manakala enam lagi ditahan di kawasan Masjid Jamek.

Pagi tadi polis menahan 36 orang - 14 anggota Unit Amal PAS dan 22 lagi di Masjid Negara dan tiga lagi di Pasar Seni.

Menurut Suaram, 14 14 anggota Unit Amal PAS itu - 13 dari Perak dan seorang dari Melaka - yang datang untuk membantu mengawal keselamatan di perhimpunan. ditahan pada kira-kira jam 7 pagi ketika tiba di stesen KL Sentral.

Manakala 22 orang lagi ditahan di Masjid Negara.

Menurut Wong lagi, anggota Unit Amal yang ditahan itu dibawa ke ibupejabat polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Manakala 22 orang yang ditahan di Masjid Negara, dihantar ke ibupejabat polis Cheras dengan dua trak polis.

Manakala tiga lagi ditahan di Pasir Seni pada kira-kira jam 11 pagi ini.[Malaysiakini BM]

MAIKA HOLDINGS ISU RAKYAT MALAYSIA

Assalamualaikum,

Semua rakyat Malaysia mesti melihat dan memahami isu Maika Holdings sebagi isu rakyat Malaysia, bukan isu berkenaan masyarakat India Malaysia.

Segala ketidakpuashatian masyarakat India Malaysia mestilah juga dirasa oleh rakyat keturunan lain di negara ini.

Peristiwa pertembungan antara dua kumpulan yang bertikai dalam isu ini hendaklah difahami oleh rakyat malaysia tidak kira daripada kumpulan etnik mana.

TANPA BIASISWA, TAK UNDI BN

Assalamualaikum,

1Malaysia menghadiahkan saham kepada pelajar. Tentulah, mereka yang berpura baik hati ni bukan sebenarnya baik, tetapi memasang umpan. Dengan harapan nanti pelajar ni akan undi BN dalam pilihanraya.

Tetapi pelajar bukan nak saham la pak menteri. Mereka mau biasiswa untuk memudahkan mereka belajar. Saham ni kerabat pak menteri je yang kenyang nanti.

Friday, July 31, 2009

PILIHANRAYA KECIL PERMATANG PASIR, P.PINANG

Assalamualaikum,

Al Fatihah dibacakan untuk almarhum Datuk Muhammad Hamdan Abdul Rahman yang telah kembli ke rahmatullah.

Allah yang menentukan satu lagi pilihanraya kecil perlu berlaku. Kali ini di Permatang Pasir.

Thursday, July 30, 2009

DIGAJI UNTUK M'SIA, BUKAN BN

Assalamualaikum,

Anda digaji untuk Malaysia, bukan BN

Wednesday, July 29, 2009

SEORANG LAGI MATI SEMASA DLM TAHANAN

Assalamualaikum,

Seorang lagi diberitakan mati semasa dalam tahanan.

SKRIP MAFIA KE HELAIAN KE 2

Assalamualaikum,

Sebelum ini saya telah postingkan tentang skrip mafia terungkai helaian demi helaian. Sekarang helaian kedua sedang dipapar.

ON PALACES

Assalamualaikum,

Even though you might have come across these issues, it may be a good idea to be reminded again. Even though it may be a simple reminder.

Tuesday, July 28, 2009

WHAT'S THE LINK BETWEEN MJ & JJ

Assalamualaikum,

What is common between the late MJ and JJ?

Aku yang tanya, baiklah aku yang jawab.

They have J in common.

MEMBUJUK VS MEMAFIAKAN

Assalamualaikum,

Jelas terdapat dua pendekatan berbeza yang digunakan oleh dua jentera yang bersaing untuk menyambar pucuk pimpinan Malaysia. Cara yang digunkan oleh Paktan Rakyat ialah membujuk rakyat supaya menerima idealisme perjuangannya dan bersama sama dengannya dalam usaha menjatuhkan Barisan Nasional.

Cara ini adalah cara yang digunapakai disemua demokrasi didunia ini, iaitu rakyat memilih pimpinan mereka tanpa sebarang tekanan atau ugutan. Dalam hal ini, kelihatan Anwar Ibrahim berada jauh di hadapan dengan membujuk beberapa figur besar barisan nasional untuk menyertai PKR dan dengan itu berada dalam saf PR. Nama nama seperti Zaid IBrahim, Chua Ju Meng, S. Subramaniam adalah stok terbaru yang masuk dalam persenjataan PR.

Ini adalah satu cabaran yang sangat sukar ditangkis oleh BN. Sebabnya ialah figur yang keluar BN dan masuk PR ini bukan keluar bersaorang, tetapi membawa penyokong mereka bersama. lebih menggerunkan lagi ialah figur figur ini juga menghayunkan pengundi kepada PR. Kalau 1000 orang sahaja yang mengikut S. Subramaniam melompat ke PKR itu tidak begitu memitamkan, tetapi angka ini akan menjadi berlipat ganda semasa pilihanraya, kerana setiap 1000 ini pula akan ada pengikut masing masing, dan setiap masing masing itu pula akan berkempen menghayunkan pengundi jauh daripada BN.

Parti Gerakan sudah tidak bergerak lagi. Ia sedang koma sekarang. MCA sedang nazak. MIC sedang mengalami pembedahan major. Parti parti BN yang nyamuk sedang dikecai kecai oleh tangan tangan sendiri. UMNO sukar bernafas.

Oleh itu BN, demi survival , menggunakan cara yang mereka warisi daripada penjajah. The end justifies the mean. Cara yang ada pada mereka hanyalah dengan memafiakan tindakan dengan memperkudakan instrumen negara. Posting ini tidak mendetailkan segala tindakan kemafiaan tersebut, tetapi kau tau kan?

Monday, July 27, 2009

NIK AZIZ: RAZOR SHARP AS EVER

Assalamualaikum,











Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat today dismissed suggestions that he was now reversing his earlier stand and supporting moves to bring about closer cooperation between PAS and Umno, saying that he only wanted to improve ties between the PAS-ruled state government and the federal government.

His remarks will put to rest renewed concerns among Pakatan Rakyat (PR) partners that PAS was once again reviving the unity talks idea which had caused a severe split in the federal opposition alliance and even within the Islamist party.

“I proposed the relationship between the two governments to be improved in line with the spirit of federalism,” Nik Aziz said in a statement today.[Malaysian Insider]

Sunday, July 26, 2009

LAPORAN CSI

Assalamualaikum,

Terdapat laporan CSI tentang teori kematian TBH.

PANGLIMA MIC MASUK PKR

Assalamualaikum,


Subramaniam joined PKR today together with 2,500 MIC members. — Pictures by Choo Choy May

Datuk Seri Anwar Ibrahim succeeded today in bringing into PKR ex-MIC vice president Datuk S.S. Subramaniam and the members of 12 MIC branches.

The senior ex-MIC man brought with him his younger brother and some 2,500 members from 12 MIC branches within Petaling Jaya and Meru, Klang into the PKR fold.


Besides Subramaniam and Chua, Anwar had also succeeded in attracting former Umno minister Datuk Zaid Ibrahim into PKR as attempts to strengthen his party’s position as a lynchpin in PR.

Anwar and other PKR leaders with the MIC men who crossed over.





Subramaniam said it was Anwar's timely meet with him last week, beseeching him to “come and help” tell the Indian community that their only hope lay with PR, which prompted his leap to the other side.

He stressed that he did not cross over to gain any plump position within PKR, when asked if he had been promised a spot in the party leadership.

“I've already had that,” smiled Subramaniam, whose last government role was as parliamentary secretary to the Ministry of International Trade and Industry in 1995.