Saturday, April 7, 2012

GANGSTERISM MEMAKAN UNDI KPD BN

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pelbagai insiden gangsterism yang semakin menjadi jadi yang dikaitkan samada langsung atau sipi dengan amenoh biyen akan hanya memakan dan mengurangkan undi kepada mereka

Thursday, April 5, 2012

MENIPU TU SALAH, PAHAM?

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semasa berbual bual dengan YB Dr. Che Rosli Che Mat MP Hulu Langat 2 malam yang lepas, kami membincangkan hal strategi yang aku namakan SIJ, iaitu strategi idris jusuh, merujuk kepada bagaimana usaha dilakukan di Terengganu untuk menjatuhkan pemerintahan PAS di Terengganu dalam PRU 2004.

YB memberi tahu di kawasan parlimennya lebih 20 ribu pengundi baru telah didaftarkan, tidak tahu oleh siapa. Dan beliau didatangi oleh mat indon yang memberi tahu bahawa mereka telah dapat ic dan telah didaftarkan sebagai pengundi. Tetapi kata mereka......

Yang dot dot tu kau pikior le sendiri. Mat indon ni pun tahu, cip dalam ic tu cip tipu, dan hanya boleh digunakan untuk pilihan raya sahaja, untuk urusan lain tidak boleh.

Cerita mengenai pemberian ic ni bukan cerita baru. Di Sabah, sampai hari ini amenoh biyenb tidak berani membuka sebarang siasatan mengenai hal tersebut, menunjukkan penipuan diarahkan oleh pihak yang paling tinggi dalam jawatan awam. Sebab itu mereka berbondong bondong melakukan kerja kerja menipu.

Penjawat awam mesti tahu dan akur, bahawa arahan yang salah tidak perlu dipatuhi. Arahan yang salah dan ada unsur jenayah hendaklah ditolak dan laporkan kepada penguatkuasa undang undang agar mereka yang melanggar undang undang itu diambil tindakan sewajarnya. Walau pun yang memberi arahan itu pemegang jawatan paling tinggi.

Ada hadis yang masyhur mengatakan Rasullullah memberi tahu sekiranya Fatimah Binti Rasullullah mencuri, maka baginda akan potong tangannya. Membawa implikasi bahawa tiada siapa pun yang lebih tinggi dari undang undang.

Amenoh biyen ni, kalau yang menipu tu mereka, tak apa. Boleh saja.

Kau tau tak, menipu tu salah?

Kalau nombor satu suruh tipu pun, salah tetap salah, paham?

Wednesday, April 4, 2012

ANWAR PANDAI BELIT

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Memang dia jenis pandai dan bijak belit. Bila dia belit, terbeliak mata dan terjulur lidah yang kena belit, sebab habis nafas kena hamput.

Mana tidaknya. Kalau PR tangkap Putrajaya, harga minyak akan diturunkan. Hari ini biyen  naikkan harga RON 97.

Yang sangat mencekik dan membeliakkan mata ialah bila dia kata PTPTN akan dihapuskan.Terbeliak mata biyen kat sini.


Student mana yang hendak dengan PTPTN kalau tidak terpaksa. 

Memanglah Anwar ni pandai belit politik biyen

Tuesday, April 3, 2012

TUKANG KARUT YG MELIPUR LARA?

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Mengapa ada pemandu yang memberi amaran supaya dalam perjalanan jangan tukar pemandu? Mungkin pemandu ini berasa dia adalah setaraf atau lebih baik daripada Hamilton, Alonso atau Vettel. Oleh kerana mengangkat diri dalam bakul bocor, maka pemandu ini tidak peka dengan suasana sekelilingnya.

Bukan pemandu sahaja yang nak ditukar, tetapi prebet sapu kokak tu pun sekali ditukar, kerana

Tukang karut yang melipur lara adalah lebih baik daripada
Tukang kentut yang kebas semua