Thursday, March 31, 2011

GEBENG PUN RADIO AKTIF GEK, BUKAN JEPUN AJE

Assalamualaikum,

Ingat dulu penduduk Bukit Merah Perak protest sebab Kilang Asian Rare Earth sehingga tutup kerana mereka radiasi yang berlaku dari kilang tersebut menyebabkan ada kes kanser dan leukimia berlaku di sana.

Kini Lynas Corporation pula dah dapat kebenaran buat kilang kat Gebeng, Kuantan. Lynas kata radiasi yang mereka akan hasilkan rendah, jauh lebih rendah dari yang dihasilkan dari Asian Rare Earth, Bukit Merah.

Tapi radiasi tetap radiasi. Tetap mendatangkan bahaya, kalau tidak mengapa Jepun tak biarkan saja loji nuklear yang kena gempa dan tsunami tu ? Sebabnya ialah ada bahaya radiasi. 

Kalau tak bahaya kenapa tak buat kilang kat Australia?

Lynas obtained all approvals for this project in Australia. However, Australia does not have the industrial infrastructure required for this project as can be found at Gebeng, Malaysia. (kau percaya?)
Lynas could not find in Australia a location that has established industrial land, local production of required industrial chemicals, gas, electricity and a plentiful supply of water for the plant.(kau percaya tu?)
Lynas had previously obtained approvals for this plant in China. However, the Chinese government imposed export limits on all final products as well as imposing export taxes. Lynas was not willing to invest in China and then to have the export of final products controlled by the Chinese government. (lepas tu dia bodek M'sia) Lynas subsequently identified Malaysia as the best global location for this plant. It is a credit to Malaysia that there are great port facilities, industrial land, good chemical supplies, reliable utilities, a clear legal framework, strict and clear regulations, good education standards at secondary, technical and university levels and a government with a vision for value added industry.

Seperti biasa, kerajaan jamin ia selamat. Kau  nak takut apa?

110%.....2 sarawak

Assalamualaikum,

Ramai penganalisis politik menjangkakan BN akan terus menguasai Sarawak. Saya tidak teringin untuk mempersoalkan perkara tersebut, tetapi sesuatu yang akan berlaku ialah  BN tidak akan berada dalam keadaan selesa kerana dalam kapalnya terdapat seorang passenger yang begitu berat hingga boleh menenggelamkan keseluruhan kapal.

Apa yang akan berlaku ialah suatu perubahan citarasa pengundi di sana yang  bersama dengan gelombang mengubah pemimpin yang lama bercendawan ditahta pemerintahan. Walaupun tidak dapat dinafikan terdapatnya pengundi yang merelakan hujung lidah mereka menyusur longkang tahi pemimpin mereka walau apa pun berlaku. Spesis ini ada di mana mana sahaja.

Pengundi dapat mengukur apabila PR membuat kejutan dalam pilihan raya 2008, tidak berlaku seperti yang dihalalintarkan oleh BN bahawa akan berlaku huru hara dan dan kacau bilau. Mereka takutkan pengundi dengan momok sedemikian, tetapi momok tersebut tidak datang. Saya teringat selepas pilihanraya 1990, dimana PAS dan Angkatan 46 pada ketika itu menyapu bersih keseluruhan kerusi yang dipertandingkan di Kelantan, saya dan rakan ke Pantai Lido, johor baru, atas urusan tertentu dan memasuki satu gerai makan di sana untuk order makan.

Semasa menunggu makanan siap, saya mendengar celoteh peniaga di sana yang memburukkan buruk PAS Kelantan sambil berkata tidak lama lagi bangrap lah kerajaan kelantan. Kenapa mereka yakin kerajaan PAS Kelantan pada masa itu akan bangkrap? Kerana itulah yang dihalalintarkan oleh pemimpin UMNO apabila Kelantan jatuh dalam pilihanraya tersebut.

Apabila PR membuat kejutan, tidak berlaku huru hara, yang berlaku ialah kerajaan Pulau Pinang, terutama Lim Guan Eng diserang tanpa henti dari segenap sudut. Wang pemberian kerajaan negeri dikatakan wang judi, dikelentong pak cik pak cik supaya pulangkan semula wang tersebut, lepas tu mereka pula kebas wang tersebut. Kerajaan PR Perak dicuri dalam terang. Kerajaan Selangor diserang dari segenap sudut. Dan ternyata yang melakukan huru hara ialah mereka yang umno.

Saya juga teringat kisah seorang pegawai tinggi kenalan saya yang pergi berkursus khas untuk pegawai pegawai atasan sahaja kira kira 10 tahun yang lepas. Beliau memberi tahu, dalam kumpulan kursusnya itu terdapat seorang pegawai tinggi polis yang menceritakan dia telah infiltrate jemaah tabligh selama 17 tahun. Kaitannya ialah modus operandi ini sama. umno/bn juga menyelamkan infiltrator mereka dalam PR untuk jangka masa lama, dan apabila para katun ini rasa masanya telah sampai untuk mengkincitkan PR, mereka akan segera lakukannya. Kau boleh lihat siapa dia sekarang.

Mungkin kau boleh kincitkan sebahagian pengundi Sarawak, tetapi tidak semua. Akan berlaku perubahan yang menjadikan gigi kau tombang, sama seperti gigi pengantin baru yang telah lama di sana

Tuesday, March 29, 2011

110%.....1

Assalamualaikum,

Bagaimana hendak bangga jadi orang Melayu apabila orang Melayu  pada masa ini lebih ramai yang mempamirkan ciri ciri hodoh yang yang sering kita baca hikayat penglipur lara. Rupa rupanya apa yang diqisahkan oleh hikayat tersebut bukanlah sesuatu yang telah berlalu, tetapi ia subur dalam sanubari sebahagian orang Melayu. Terutamanya orang Melayu yang memegang tampuk kuasa dan telah menjadi kaya raya.

Mendedahkan aib orang adalah sesuatu yang dilarang dalam Islam, menuduh orang berzina adalah sesuatu yang keras laranganny dalam Islam, tetapi jelas itulah yang disukai oleh sebahagian daripada mereka yang berjuang atas tiket Melayu kononya, dan itulah yang tanamkan dalam minda orang Melayu, iaitu kalau pemimpin menuduh orang lain berzina, bagaimana pula populasi anak muda tidak teringin untuk berzina.
Dalam dunia orang melayu Malaysia yang sebahagiannya dipenuhi oleh katun bahlul, akan terhambur kata kata dan fitnah serta nista kesat yang mempercayai sesuatu 110% walaupun dia hanya dengar sesuatu perkhabaran itu dihujung telinga. Asas mempercayainya ialah yang difitnah itu amat dibenci.

Inilah mentaliti yang dijana dan dicetak untuk rakyat Malaysia, sehingga seluruh dunia memandang jijik dan keji terhadap malaysia kerana hodohnya sebahagian orang malaysia yang suka berkubang dalam tahik dan bangga pula dengan kubangan dan najisan yang mereka nyonyot tu.

Kalau anda lihat imej atau gambar atau wajah sebahagian pemimpin melayu yang meneraju pemerintahan pada hari ini, anda akan nampak pada muka mereka meleleh tahik cair yang mereka letakkan sendiri diatas kepala mereka.

Kalau kau lihat yang perempuan pula kau akan nampak lentingan ulat tahik mengumit dan meremut  keluar dari kepala, lubang hidung dan celah ketiak mereka.

Kerana mereka sendiri meletakkan diri mereka ke tempat yang sangat hina lagi dina yang dipenuhi oleh lenga

Monday, March 28, 2011

MASUK PASAR

Assalamualaikum,

Pasar kan gawat, kalau tidak berhatihati, ugama pun kurang gemar tempat tu, serupa kalau keadaan gawat, boleh baca doa ni kot

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ حَيٌّ لَا يَمُوتُ بِيَدِهِ الْخُيْرُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٍ

"There is none worthy of worship besides Allah. He is all by Himself. He has no partner. His is the Kingdom, to Him is all praise. He gives and takes life. He is all by Himself. He will not die. In His hands is all good and He has control (power) over all things".

It is stated in the hadith that if a person reads the above dua in the market place, Allah writes ten lakh rewards for him and forgives ten lakh sins and raises his status by ten lakh and a house is prepared for him in Jannah.

N.B. one lakh = 100,000 (Tirmidhi, Ibn Maja)