Memerhati dan menganalisis perkembangan politik semasa. Memanglah padan kalau meninggalkan perjuangan politik Islam. Mulut sentiasa berpetai. Memang tidak layak berada dalam saf perjuangan suci
Tuesday, January 17, 2017
Monday, July 11, 2016
Monday, November 2, 2015
OTAK DI LUAR KEPALA?
Assalamualaikum
Nama besar di sebalik bendara
Yang gah nya masjid itu, Masjid Al Fatih
Dalam Masjid Al Fatih
Adakah benar berfikir luar kotak menghasilkan keajaiban seperti menifestasi di atas? Gambar di atas menunjukkan bagaimana Sultan Muhammad Al Fatih mengarahkan tenteranya menolak kapal perang dengan menggunakan kayu yang telah diminyak supaya kapal kapal berkenaan boleh bergerak menaiki bukit dan kemudian menggelongsor ke bawah untuk memasuki kawasan perairan yang di kenali sebagai Golden Horn yang berada di dalam kawasan yang dilindungi oleh rantai yang direntang untuk menghalang kapal masuk dan menjadi sebahagian daripada strategi mempertahankan Constantinople.
Sekarang anda tahu selebih daripada cerita ini
Thursday, August 20, 2015
BADAN KU LINTANGKAN
مِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semua pihak mencemuh apabila kerajaan Perak yang pada masa itu Mentteri Besarnya ialah Nizar ditumbangkan dengan cara tidak bermoral. Tetapi itu adalah salah satu cara bagaimana kerajaan yang memegang tampuk pemerintahan boleh dijatuhkan, dan ia telah diapprove oleh mahkamah.
Semasa ada orang yang cuba menggunakan kaedah sedemikian dalam satu langkah yang dikenali sebagai 16 September bagi menjatuhkan kerajaan BN, ramai yang menyokong kaedah berkenaan, tetapi apabila kerajaan Perak pada masa itu tumbangkan dengan cara yang sedemikian, yang dulunya menyokong kaedeah itu, menyeranahnya pula.
Sekarang ada tokeh politik yang merancang untuk menjatuhkan kerajaan BN sekarang dengan cara yasng serupa, dengan menggembling kerusi dalam gabungan meraka, dan kemudian mengajak mp BN berpaling tadah. PAS tidak dilawa untuk projek ini.
Mengikut tokeh ini, kaedah ini adalah mengikut perlembagaan.
Kalau semasa kerajaan Perak dulu ditumbangkan, ada ahli PAS yang melintangkan dirinya bagi menghalang kenderaan daripada bergerak, adakah konco tokeh ini sekarang yang sanggup melintangkan badan mereka agar tokeh besar ini boleh melcak mereka asalkan projek berjaya?
Monday, July 27, 2015
SUMA BISA DIATUR
Assalamualaikum
Teringat semasa menyaksikan filem Omar Mukhtar bagaimana pejuang pejuang Islam yang berjuang dengan Omar Mukhtar mengikat kaki mereka semasa pertempuran sedang rancak berlaku. Pada mulanya aku tertanya tanya mengapa mereka lakukan sedemikian. Kemudian barulah aku dapat jawapannya, bahawa mereka hendak make sure yang mereka tidak lari daripada perjuangan dan tidak meninggalkan medan perang.
Kemudian semasa Amerika melanggar Afghanistan kononnya untuk menjatuhkan pemerintahan taliban di sana, semasa membaca laporan luar negara, apa yang mereka katakan ialah terdapat banyak kelompok yang sedang berjuang melawan Amerika, tetapi mereka ini adalah jenis yang mudah switch side. Aku berkata kepada diri sendiri, ini adalah pendapat yang tidak benar, mana mungkin mereka yang berjuang atas dasar Islam berpaling tadah. Apa yang berlaku ialah banyak daripada pelbagai puak yang pada mulanya berjuang menentang Amerika, tetapi apabila ditawarkan pelbagai habuan, mereka sungguh berpaling tadah.
Memang, yang sebenar benarnya berjuang kerana Islam, tidak akan berpaling tadah. Tapi yang berjuang selain kerana itu, semua bisa diatur
Thursday, July 16, 2015
KUNCI SYURGA
Assalamualaikum
Mengikut salah seorang daripada penggerak GHB, motif mereka lebih tinggi daripada hudud. Mulia sekali kedengarannya. Dalam posting lepas, aku menyarankan agar disegerakan penubuhan parti politik baru ini kerana ia akan secara otomatik mengeluarkan mereka dari PAS tanpa perlu kepada kontroversi mereka ditendang keluar.
Setakat perkembangan hari ini, yang paling gembira ialah DAP, kerana skrip yang terungkai melebehi daripada apa yang mereka rencanakan sejak awal. Rancangan awal ialah berambuskan PAS daripada PAKATAN, jadikan PASMA sebagai ganti PAS, kemudian bentuk pakatan baru tanpa PAS. Tetapi muktamar PAS yang lepas tanpa direncana menjadikan GHB terbentuk, dan ini lebih disayangi mereka berbanding dengan PASMA. Mungkinkah PASMA nanti akan hanyut ditelan GHB?
Rencana mereka mudah dibaca dan menjadi semakin terang dengan pengumuman pimpinan PKR menyokong GHB. Natijahnya ialah satu gabungan baru akan dibentuk terdiri daripada PKR, DAP dan GHB, tentunya tanpa PAS. Dengan itu bacaan seterusnya iala GHB akan diarah bertanding di mana PAS bertanding, dengan matlamat untuk membunuh PAS.
Jelaslah, mereka yang terserpih daripada PAS ini sebenarnya adalah ahli politik yang tulin political animal. Mereka bukan pejuang Islam. Ramai diantara mereka adalah bekas beberapa taifah semasa mereka belajar, dan mempunyai ideologi sendiri, cuma apabila mereka terlontar ke dunia sebenar, taifah mereka tidak mampu menyediakan wadah untuk mereka perjuangkan ideologi mereka, dengan itu mereka perlu menempek ke wadah yang sedia ada untuk mencakar naik bagi merealisasikan ideologi mereka. Apabila berhalangan, atau bermasalah, tidak jadi hal begi mereka melompat ke sana dan ke sini, walau telah menyelam dalam wadah yang ditumpangi 30 atau 40 tahun.
Mereka menjeritkan GHB adalah pengganti PAS, bermaksud selama ini perjuangan mereka adalah memperkudakan PAS selagi itu menguntungkan mereka, sebaik sahaja matlamat ini tergugat, tidak ada sebarang kilanan mereka mengenyah PAS. Ada diantara mereka ditawar kedudukan yang meliurkan dalam DAP, tetapi kalau masuk DAP, mereka tidak boleh pegang top post. Lebih baik buat parti sendiri yang baru.
Niat mereka kian teserlah, iaitu belasah PAS. Telah berkicau untuk melarikan beberapa ADUN PAS di Kelantan agar menyertai mereka supaya kerajaan Kelantan sekarang dapat ditumbangkan melalui cara berpaling tadah.
Cuma, untuk beranding dalam pilihan raya, jentara parti adalah amat penting, di sinilah PKR tidak punya, dan lebih malang lagi bagi parti tersebut, ketuanya disumbat dalam penjara. Tanpa aura tok ketua, kau sukar menyinar. GHB memang tidak punyai langsung.
Sehubungan dengan perkembangan ini mungkin ada diantara Melayu yang menyertai DAP akan ditawarkan tempat bertanding yang selamat nanti, dah gahlah seantero dunia apabila mereka menang, kerana bagi mereka kunci syurga adalah pada teras dan asas ideologi DAP,
sekularisme
Thursday, July 2, 2015
SEGERAKAN PARTI BARU
سْمِ اللّهِ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Perkembangan semasa dalam politik semasa penuh dengan pelbagai andaian. Golongan yang tidak berjaya dalam pemilihan PAS baru baru ini jelas menunjukkan kekecewaan mereka terhadap keputusan pemilihan. Yang ingin saya tanyakan ialah kebanyakan daripada mereka ada lah seasoned politicians, yang sepatutnya telah boleh membaca atau membuat telahan tentang kemungkinan kemungkian pemilihan tersebut, tetapi daripada riak respons mereka, jelas mereka terkedu, tersentak dan langsung tidak menduga. Adakah kail kurang daripada sejengkal?
Sejak Kota Damansara hingga ke Langkah Kajang, ramai diantara mereka telah tidak sehaluan dengan pimpinan tertinggi PAS. Memang, apabila dalam organisasi anda telah tidak sehaluan dengan pimpinan, pilihan yang ada ialah menggantikan pimpinan tersebut, dan itu yang telah mereka lakukan, tetapi dagal dalam pemilihan. Atau berpadu dengan menerima aliran pemikiran kepimpinan. Ini yang mereka tidak boleh terima. Atau mendiamkan diri, atau hibernate, dan kemudian strike apabila masanya sampai. Ini juga sukar untuk mereka terima, kerana akan memakan masa yang mungkin terlalu panjang bagi mereka. Atau keluar parti. Keluar dan menyendiri, atau keluar dan tubuhkan satu parti baru yang menyaingi atau menjadi lawan parti lama, asalkan aspirasi asal dapat diperjuangkan. Ini yang sedang digembar dan digemburkan.
Yang saya pertanyakan ialah mereka ini seperti yang saya katakan tadi adalah seasoned politicians, sepatutnya mereka boleh membaca setiap urat saraf PAS. Tetapi ini tidak kelihatan pada mereka. Mereka seolah tidak membaca denyut nadi setiap ahli PAS yang bersengkang mata menampal poster, bertegang leher di pondok panas serta di polling station. Mereka yang gurkha ini, yang menyambung perjuangan para pakcik yang mendayung perahu untuk menghadhiri program PAS, yang berbasikal, yang berjalan kaki, yang bervespa, yang menjual keping keping getah dan segerap untuk kewangan parti, adalah kental sekentalnya dalam PAS.
Berbeza dengan mereka yang telah merasa lazat akan kemenangan yang dikurniakan Allah. Sedapnya dan lazatnya kemenangan itu terliur hingga ke halqum. Apabila ada riak yang menghala kepada kepudaran kemengan yang lazat ini, maka segala arsenal mesti digembleng agar preservasi kemengan ini dijaga sekukuh mungkin. Juga perasaan terasa kehebatan diri jelas dipermeasikan apabila mereka menduduki kerusi menang. Tersentuh sekelumit akan membangkit wrath yang gergasi.
Senario pilihan raya akan datang tidak akan sama dengan 2013. Anwar Ibrahim sekarang dalam penjara. Kalau tiada apa yang diluar jangkaan, beliau akan terus berada di sana sehingga PRU akan datang disempurnakan. Faktor ini akan memberi kesan kepada keputusan PRU itu nanti. Parti baru yang digembar dan digembur ini menyelogankan Malaysia yang lebih baik, serta menpyscho kan 70% daripada ahli PAS akan menyertai mereka. Memang ada yang akan bersama mereka. Tetapi anda sendiri nanti yang akan bilang jumlah mereka. Tanpa faktor Anwar, pencapaian 2013 akan berubah, kerana apa yang LGE atau LKS cakap, kepercayaan kepada pertuturan mereka meredum di kalangan pengundi.
Juga faktor berebut untuk menjadi pemimpin nanti tidak dapat dielakkan, dan ini mungkin akan membawa kepada aliran pemikiran yang baru, yang mana, ia boleh menatijahkan terbentuk dua parti politik baru. Satu yang diwar war oleh PASMA, dan satu lagi yang diidamkan oleh yang tersungkur. Dikala itu joget politik DAP menjadi sumbang, kerana dengan political engineering mereka sekarang yang menggunakan isu usul muktamar untuk mengisytihar secara unilateral PR telah mati, dan membentuk satu parti polilik baru menggantikan PAS dan kemudian buat satu pakatan baru, maka kesepakatan baru itu kelihatan goyah dari awalnya.
Semakin lama ditangguh penubahan parti baru ini, semakin sukar mereka untuk mengendung tangkapan. Kalau ada penunjuk yang mereka ingin gunakan sebagai aras tanda, keputusan pemilhan muktamar itulah benchmark nya. Kerana selama ini equation politik PR banyak bergantung kepada kegurkhan PAS. Diberikan PRU pada hari ini, grup ini tidak punya gurkha untuk menanganinya.
Oleh itu segerakan penubuhannya.
Tuesday, June 30, 2015
SALEHUDDIN
سْمِ اللّهِ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Terlalu banyak yang telah dikorbankan untuk perjuangan ini untuk disia sia kan dan di tongsampahkan semata mata kerana diuji dengan ujian yang terlalu kecil.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Pada pandangan ku Salehuddin Ayub akan menerima lantikan sebagai AJK, dan kekal dalam PAS sepanjang hayatnya.
Terlalu banyak yang telah dikorbankan untuk perjuangan ini untuk disia sia kan dan di tongsampahkan semata mata kerana diuji dengan ujian yang terlalu kecil.
Thursday, June 25, 2015
SETUJU PERKUKUHKAN DAP
سْمِ اللّهِ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ada satu mamat mencadangkan kepada G18 supaya jangan tubuh parti politik baru, tapi masuk saja dalam DAP, dengan itu ahli parlimen G18 boleh membawa masuk ke dalam DAP kerusi mereka. Aku pula cadangkan bukan saja bawa bawa masuk kerusi, bawa sekali lemari, meja, alas kasut. Dengan ini DAP akan bertambah kuat dah boleh membela seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira ugama, bangsa dan keturunan. Bukan ka bagus itu.
Kalau tubuh parti baru, nanti bergaduh baru pula, untuk merebut jawatan siapa nak jadi ketua. Kalau DAP diperkukuh, mudahlah DAP hantam PAS yang dibencinya, bukan kah PAS tu parti kolot yang tak habis habis nak ketengahkan huduh.
Bukan kah yang disukai ialah oktoberfest?
Wednesday, June 17, 2015
TERKENANG MAD MITHLAIN
Assalamualaikum
Dalam tajwid, kita akan bertemu dengan beberapa jenis bacaan yang dipanjangkan bacaannya dikenali sebagai MAD, bukan mad dalam bahasa inggeris. Sekitar dua dekad dulu, semasa mendengar ceramah politik seorang mad, menyindir seorang mad yang lain dengan membawa maksud, perbuatan mad yang disindir boleh menyebabkan seorang baginda lari ke Pulau Ketam.
Kini yang disindir dan menyindir tidur sebantal. Inilah mad mithlain!
Thursday, May 7, 2015
MANNEQUIN
سْمِ اللّهِ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Amat sukar untuk menafikan terdapat double atau triple standard dalam kes pedophile yang dihasilkan oleh negara ini. Aktivis pelajar yang nada mereka tidak sebulu dengan kuasa bosa diambil tindakan seperti dibuang daripada pengajian.
Tetapi pedophile yang terbukti bersalah dan telah dihukum kerana jenayah berkenaan diberi go ahead, teruskan.
Otak kau sama macam otak mannequin, kalau ada otak dalam itu mannequin
Friday, January 16, 2015
BANJIR KILAT GERGASI
سْمِ اللّهِ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Memang hujan menyebabkan banjir dipenghujung bulan Disember 2014. Tetapi ia mempunyai ciri ciri seperti banjir kilat. Cuma banjir kilat yang melanda kali ini, terutama di Kelantan adalah satu banjir kilat berskala gergasi.
Selama mana bahagian yang gondol di puncak puncak bukit di hulu hulu sungai masih lagi belum ditumbuhi tumbuhan, banjir yang sedemikian
boleh berulang
Saturday, January 3, 2015
SIMPATI KPD MANGSA BANJIR
سْمِ اللّهِ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Simpati ku kepada semua mangsa banjir. Semoga Allah sentiasa membantu kalian
Friday, November 14, 2014
SAWO YANG MATANG
سْمِ اللّهِ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ia melambai lambai ditiup angin. Kayunya kukuh dan tidak mudah patah. Semasa mudanya ia kelihatan begitu rimbun sekali. Tetapi sekarang sebahagian daripada dahannya kelihatan usang dan renggis. Dalam bahasa saintifik ia dikenali sebagai Manikara achras (Mill Fosber) tetapi dalam bahasa kampung ia dikenali sebagai ciku. Orang Jawa menamainya sebagai sawo.
Pokok ciku dalam gambar di atas telah sedia ada di hadapan laman rumah ayahku sejak aku belum lahir lagi. Setelah tamat peperiksaan HSC dalam tahun 1972, aku menganggur, sementara menunggu keputusan peperiksaan. Untuk menampung perbelanjaan harian ku, pokok inilah yang membantuku.
Pada ketika itu buahnya yang sudah tua, bermaksud kalau dipetik dan diperam, ia akan masak, laku untuk dijual. Jadi sekira kira dua kali seminggu aku akan panjat dan jolok serta kumpulkan buahnya, dan bawa ke sebuah kedai kopi di tepi sawah di simpang masuk ke Solok Gaong untuk dijual. Sekali jual biasanya aku dapat sekitar RM 1.50 .
Pada ketika itu, hasil jualan ciku itu cukup menampung perbelanjaan harian ku, untuk beli akhbar Straits Times, beli setem untuk urusan memohon tempat ke universiti, dan perbelanjaan lain.
Pokok ini masih lagi berdiri tegap dihadapan rumah kampung ku.
Tuesday, October 7, 2014
KAU LA HERO
بِسْمِ اللّهِ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Titik tolak langkah kajang bagi pkr adalah hal fulus. bagi dap kerana bible. Haji Hadi mengambil pendekatan tidak popular kerana Hud 11:113.
Apabila kau meninggalkan Hud 11:113, dan mengkelepet Haji Hadi, maka kau dijulang dan disanjung.
Kau dirai dimakan malam. Kau dimulia.
Kerana kau menyelamatkan agenda bible kami
kau la hero
Friday, October 3, 2014
IT'S RIDICULOUS
بِسْمِ اللّهِ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semasa usrah seorang sahabat telah memainkan video mengenai seorang yang ku lihat wajahnya berupa wajah melayu, ku teliti namanya macam nama orang Islam, ke kenang zaman silamnya pernah aku dan dia di sekolah yang sama dan universiti yang sama.
dalam video itu dia kata: saya tolak hudud, it is ridiculous
Aku cadangkan kepada mamat ni, kalau dengar Al Qur'an dibacakan Maidah 38, kau terus beritau: it is ridiculous.
Nanti, bila di alam barzah, bila kau ditanya: ma rabbuka
Kau jawablah: it is ridiculous
Tuesday, September 23, 2014
HADI FORCED ANWAR INTO ERROR
بِسْمِ اللّهِ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Diucapkan setinggi tahniah kepada YB Azmin Ali yang dilantik menjadi MB Selangor yang baru.
Semasa mendapat pengesahan mengenai berita perlantikan MB Selangor yang baru, aku membelek belek tulisan dalam dairy aku pada Jumaat 19 September, 2014
Aku nukilkan:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Diucapkan setinggi tahniah kepada YB Azmin Ali yang dilantik menjadi MB Selangor yang baru.
Semasa mendapat pengesahan mengenai berita perlantikan MB Selangor yang baru, aku membelek belek tulisan dalam dairy aku pada Jumaat 19 September, 2014
Aku nukilkan:
It is a good thing to hear and read that there is a chance of light at the end of the tunnel with regard to political impasse in the state of Selangor. All indications are pointing towards Azmin as the new MB of Selangor. If Azmin is in fact appointed as the new MB, then a good or a large chunk of the problem has been solved:
(1) PAS is not seen as stabbing its caolition partner in the back
(2) It is PKR that stabbed PAS in the back by carting away with 2 of the PAS ADUN and had them signed the SD in support of Wan Azizah, thus defying the official PAS stand not to support the sacking of the then Menteri Besar Khalid Ibrahim
(3) Hj Hadi in fact forced Anwar into error (a) by defying the Sultan's order to submit more than 2 names for the nomination of the post of MB (b) Anwar made the Sultan murka for the 2nd time when he said the practice of submitting 1 name has been going on since independence (c) if Azmin is in fact appointed as MB then Anwar is again the end loser in this tussle
(4) Another outcome of this impasse was that now it comes to the surface that PAS has been infiltrated by PKR - it was only when we had this political tussel that we come to know who in fact were loyal to PAS, and who in fact were loyal to PKR, even though they hide themselves in the hives of PAS.
Yang aku percaya dan yakin ialah political career of ketum has reached cul-de-sac
Tuesday, August 19, 2014
AKU SEHELAI DAUN
بِسْمِ اللّهِ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sebenarnya aku tersadong. Bukan sengaja aku nak merungkup jatuh di longkang tu. Cuma dalam perjalanan ke kajang tadi, ada orang yang tidak suka dengan aku telah memasang semacam jerangkap samar, sebab itu lah dari tarikh lee angguk dan undur sehingga kipas dihayun, sempat perangkap itu menjerat aku.
Langkah ini semuanya aku rancang dalam kepala hotak aku. orang lain tak perlu tau, bila dah siap nanti kau ambil je la habuan kau. Yang penting langkah ini dihayun dulu. Cuma yang ketitil nya ialah budak ini tidak diberi sikat, dengan rambut meremang, bungkam tiada dalam kamusnya.
Gelabah juga aku bila haji tu tatang budak tak bersikat ni. Hampir pecah tongkang aku. Aku tau, tiada asas syar'ie haji tu nak bungkamkan budak tak bersikat ni, namun langkah tetap langkah. Hayun tetap hayun.
Nasib baik dalam tongkang haji tu ada musang bulu babi. Yang dapat aku cekup ada dua. Ada lagi dalam tu, tapi dua dah cukup dalam equation ini. Game over untuk budak tak bersikat.
Sekarang kira kira langkah ke kajang ku dah selesai.
Langkah seterusnya mungkin aku berkira kira ke sungai buluh.
Kau jangan marah aku kerana asyik berjalan sahaja, kerana aku adalah sehelai daun.
Daun ketum.
Subscribe to:
Posts (Atom)






