Wednesday, April 30, 2008

BAHAN RENUNGAN: HIDAYATUS SALIKIN PART II

Assalamualaikum,

Dari kitab yang sama, bacaan yang kami lakukan malam semalam berbunyi: (mula m.s 178, baris 4 dari bawah; akhir m.s. 181 baris 3 dari atas):

Kata Imam Al Ghazali di dalam kitab Arbain fi Usuluddin ketahui olehmu bahawasanya manusia itu pada hukum enam bagi (pertama) tiada engkau ketahui akan hal orang itu adakah soleh atau fasik maka harus memakan harta pemberian mereka itu dan tiada wajid menjauh akan dia tetapi bagi orang yang wara' itu sunat menjauh akan dia itu pun jika tiada membawa kepada menyakitkan akan hati mereka iitu maka jika engkau jauh akan yang demikian itu nescaya jadi sakit hati mereka itu atau jadi liar hati mereka itu maka yang demikian itu tiada sunat bagi orang wara' menjauh akan dia terkadang lazim menerima akan dia kerana menyukakan hati manusia itu terlebih afdhal pada orang wara' itu daripada menjauh akan yang demikian itu (kedua)bahawa engkau ketahui akan orang itu soleh maka iaitu halal memakan akan harta pemberian mereka itu dan tiada sunat menjauh akan dia maka orang yang menjauh akan yang demikian itu semata-mata waswas jua bukan wara' dan terkadang menjauh akan yang demikian itu ma'siat lagi haram jika membawa ia akan menyakiti akan hati mereka itu atau membawa kepada jadi liar hati mereka itu kerana menjauh akan yang demikian itu membawa kepada jahat sangka kepada orang yang soleh dan yang demikian itu derhaka seperti firman Allah ertinya bahawa setengah daripada sangka itu jadi dosa (ketiga) bahawa engkau ketahui akan orang itu masyhur dengan zalim dan masyhur ia berjual beli dengan riba' hingga engkau ketahui bahawa segala harta mereka itu haram atau kebanyakan harta mereka itu haram seperti kebanyakan daripada orang yang zalim maka haram memakan harta pemberian mereka itu (keempat) bahawa engkau ketahui akan kebanyakan harta mereka itu halal tetapi tiada sunyi daripada harta yang haram seperti ada harta mereka itu dapat daripada pusaka atau dapat daripada berniaga dan serta yang demikian itu ada ia berkhjidmat kepada raja-raja yang zalim maka pada ghalib haarta mereka itu halal tetapi tiada sunyi daripada bercampur dengan harta yang haram, maka sugianya bagi orang yang wara' menjauh daripada harta mereka itu tetapi pada syara' tiada haram memakan harta mereka itu (kelima) bahawa orang itu tiada engkau ketahui akan halnya tetapi ada engkau lihat atas mereka itu 'alamat orang zalim seperti ia memakai pakaian asykar atau pakaian hamba raja yang zalim [kalau pakai badge BN amacam? kalau pakai topi BN dan seterusnya dan seterusnya?]maka alamat ini menunjukkan akan harta orang itu haram maka wajib menjauh akan dia dan jangan engkau makan akan harta mereka itu melainkan jika sudah engkau periksa akan dia maka jika engkau dapat akan harta mereka itu 'alamat menunjukkan akan halalnya maka harus engkau makan harta mereka itu (keenam) bahawa engkau lihat akan orang itu 'alamat yang membawa kepada fasik bukan 'alamat zalim seperti ia melihat perempuan yang hilat atau ada ia kebanyakan memakai (ada sesuatu yang hilang atau terlupa catit di sini) orang atau ia memakai emas atau kain sutera atau ia meninggalkan sembahyang semuanya ini 'alamat fasik bukan alamat zalim itu dan 'alamat zalim itu seperti mencuri dan berjudi dan menyabung dan merampas dan menganiaya akan harta orang dan barang sebagainya maka tilik olehmu akan orang itu jika engkau ketahui akan hartanya itu dapat daripada berniaga atau dapat daripada pusaka atau dapat daripada berbendang atau barang sebagainya daripada segala usaha yang halal maka harta mereka itu halal tiada haram memakan daripada harta mereka itu.
Dalam post lain nanti, kita lihat antara ISA, zalim dan Perang Khandak, insyallah. hamirdin@blogspot.com