Wednesday, August 27, 2008

KENA TERAJANG DI OLIMPIK

Asalamualaikum,

Rata rata rakyat Malaysia berasa luluh seluluh luluhnya apabila L Chong Wei gagal meraih emas dalam sukan olimpik. Ini bukan kali pertama hati rakyat Malaysia diluluhkan sedemikian, tetapi ia adalah kali yang kesiannya berlaku. Bukan sahaja itu, mutu dan prestasi kebanyakan jenis sukan di negara ini redum seredum redumnya. Tak puas dengan rasuah, match fixing, mengganggu secara seksual dan bermacam macam lagi kebobrokan yang dilakukan oleh sebahagian mereka yang terlibat dalam dunia sukan negara.
Sampai bilakah rakyat Malaysia hendak berhiba apabila selesai satu pertarungan sukan yang disiarkan secara langsung. Sampai bilakah rakyat Malaysia mesti dihina sedemikian rupa sehingga mutu sukan negara negara yang jauh lebih mundur pun dapat mengatasi Malaysia. Rakyat Malaysia sebenarnya sudah tidak sanggup lagi dihina sedemikian rupa dalam bidang sukan. Ayuh rakyat Malaysia, lonjakkan prestasi sukan negara kita sehingga kita boleh membawa pulang pingat emas olimpik dan kejuaraan dunia yang lain.
Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh dunia sukan Malaysia ialah mesti berani menerajang mereka yang bukan ahli sukan, yang bukan profesional dalam sukan daripada mengendalikan sukan negara. Kalau mereka ahli politik, tumpu sahaja bidang politik kamu, kalau kamu bersemayam, terus sahaja bersemayam, biarkan yang betul betul ahli mengendalikan urusan sukan. Kalau yang betul betul ahli ini gagal, terajang sahaja daripada jawatan yang disandangnya. Kan ini yang kita saksikan di negara negara yang maju bidang sukan mereka.
Oleh itu saya sama seperti Fidel Castro. Beliau mempertahankan ahli taek wan do nya yang menerajang pengadil yang bersikap bias. Di negara kita, kalau perlu lakukan sedemikian, lakukan sahaja. Anda dapat lihat imej muka pengadil yang kena terajang tu? Kalau dalam sukan Malaysia, muka siapa agaknya tu?