Saturday, December 27, 2008

PRO 036 KT: GROUND TRUTH UPDATE

Assalamualaikum,


Hari ni kami hantar team buat ground thruthing di Kuala Terengganu. Nampaknya persiapan menghadapi PRK di sini sedang siap dijalankan.


Jalan jalan di Kuala Terengganu sedang sibuk dinaikkan taraf, supaya sesuai dengan kedudukan Terngganu yang dapat 10 bilion RM.



Jentera berat pun sibuk dan mundar mandir menurap jalan yang tidak ada apa apa cacat celanya. Tetapi bukankan bila sampai masa pilihanraya, jalan jalan mesti diturap. Bukan kan gula gula menurap jalan memang dipercayai oleh pengundi, dan mereka akan memberi undi kepada BN bila jalan di turap.




Masjid kristal pun kami pergi buat kajian juga. Untungnya rakyat Terengganu ada masjid kristal. Dapat mereka melancong malancong dan menonton masjid kristal dan replika masjid yang lain.
Kan ke masjid bagus kalau dibuat bahan untuk tontonan.
Nelayan yang sedang menyiapkan jaring mereka menyatakan rasa belum pasti lagi siapa yang diberi undi nanti dalam PRK ini.
Tetapi pelancong yang melancong di sekitar masjid tersebut dan kompleks masjid Taman Tamasun Islam tidak ambil kisah pun dengan apa yang berlaku di sekitar mereka. Cuma peniaga keropok lekor nampak naik perniagaan mereka kerana ramai pelamcong tempatan yang singgah makan dan beli keropok.

Baiknya dan bijaknya kerajaan negeri Terengganu membina masjid kristal dan pelbagai model masjid lain untuk tontonan awam. Kan ke masjid sesuai untuk di tonton? Bisnis pun meningkat. Tak caya tanyalah peniaga kropok

Tetapi untuk tujuan PRK 036 KT, perang masih lagi berkisar di sekitar Kampung Cina. Nampak memang banyak peningkatan dilakukan pada Kampung Cina ni. Dah tambah cantik. Macam nak berlawan dengan Jonker Street di Melaka.







Oleh kerana pentingnya undi daripad kampung cina ini, keluarga BN dah pun mula kempen di sana. Lihat bunting tu!





Penilaian hari ini. Kedudukan masih lagi 50-50