Saturday, January 31, 2009

UMNO KASIHKAN DAP, TETIBA JE

Assalamualaikum,


Dalam kursus-kursus indoctrinasi UMNO yang ditekankan ialah kebencian kepada PAS dan DAP. Ahli UMNO dan para jongos UMNO sangat benci dan gementar pada DAP. Sebab itulah segala macam saluran digunakan untuk mengagalakan kerajaan PR kerana DAP kuat di situ.


Tetapi tetiba aje UMNO ni diresapi rasa kasih dan rindu serta terliur terhadap DAP. Dan amat menyayangi DAP. Jelas talam 10 muka.


Ini adalah Nasarudin punya angkara.


Bila YB ini melompat ke PKR, maka sibuk lah UMNO nak pinda undang undang yang boleh menghalang lompat parti ini. Dulu, semasa PBS perintah Sabah, 1985-1994, PBS buat undang undang tersebut, UMNO kata tak boleh. Bila PAS buat, semasa kes Nordin Salleh ADUN Sungai Pinang dari Semangat 46 lompat ke UMNO, pun mahkamah tolah. Sebabnya ialah bercanggah dengan artikel 10 (1) (c) perlembagaan persekutuan yang membenarkan individu menganggotai mana mana pertubuhan.


Tetiba Fuad Zarkashi cadang pinda perlembagaan persekutuan . Anda tahu, negara yang paling banyak melakukan pindaan kepada perlembagaannya ialah Malaysia. Sikit sikit pinda perlembagaan. Nak naikkan umur bersara seorang jongos pun pinda perlembagaan.


Fuad cadang pinda artikel 10 (2) (c). Dia dah tahu BN tak punya majoriti 2/3. Tetiba aje rasa kasih, dan rindu dan asyik dan masyok dan terliur pada DAP menyusup ke dalam UMNO. Apabila diacah oleh Karpal Singh kononya kalau nak pinda hal lompat ini, beliau boleh tawarkan sekurang kurangnya 8 undi daripada DAP.


Tetiba aje DAP jadi ayu. Pada juling UMNO.