Thursday, February 19, 2009

HENTIKAN SEGERA KEMELUT INI

Assalamualaikum,




Rakyat negeri Perak diheret secara tidak berakhlak ke dalam kancah kemelut yang tidak berkesudahan. Kehendak dan pilihan rakyat negeri Perak seperti yang diterjemahkan oleh keputusan pilihanraya ke 12 telah dihina dan pijakpijak lenyek oleh mereka yang gilakan kuasa.


Rakyat Perak telah muak dan mual dan loya dengan kesarkasan dan kebadutan ini. Rakyat negeri Perak mahu suasana yang memalukan ini dihenti dan diselesaikan segeara.


Rakyat yang memberi kuasa kepada team pegurusan negeri.


Kembalikan semula kuasa tersebut kepada rakyat, dan beri laluan kepada rakyat membuat penentuan mengikut lunas demokrasi dan perlembagaan dan perundangan yang telah dipersetujui bersama.


Biar rakyat yang menyelesaikan kemelut ini.


Benarkan rakyat menyelesaikan.

Dengan segera.