Monday, March 23, 2009

ALI RUSTAM: TAK PERLU SURUH LETAK JAWATAN

Assalamualaikum,

Banyak suara yang telah berketuk menyuruh Ali Rustam, yang sekarang ini menyandang jawatan ketua menteri Melaka supaya meletak jawatan. Atas sebab apa beliau dodesak meletakkan jawatan ketua menteri Melaka, kita telah sama sma maklum.

Macam macam tohmahan telah dilemparkan kepada Ali Rustam kerana keengganannya melepaskan jawatan tersebut. Dia sendiri ada menyebut, kalau Lim Guan Eng yang telh masuk penjara boleh memegang jawatan ketua menteri Pulau Pinang, kenapa pula dia yang belum masuk penjara berjerih jerih didesak melepaskan jawatan mahal tersebut.

Saya ingin cadangkan kepada mereka yang mendesak Ali Rustam melepaskan jawatnnya sebagai ketua menteri Melaka supaya tidk lagi berbuat demikian. Ini adalah kerana ia merupakan usaha yang kurang bijak. Ada lagi cara yang paling bijak. Caranya ialah berpeluk tubuh, perhati, lihat dan tunggu.

Saya katakan demikian adalah kerana suasana akan memaksa ALi Rustam melepaskan jawatannya. Isa Samad juga pernah menghadapi masalah yang sama, dan juga memegang jawatan politik. Akhirnya letak jawatan. Fairuz, timbalan ketua menteri Pulau Pinang, bila ada masalah, lepaskan jawatan. Dan banyak lagi contoh.

Tugas anda bukan suruh Ali Rustam lepaskan jawatan ketua menteri Melaka. Suasana akan lakukan itu untuk anda!

Tugas anda ialah tengok kalau kalau Hasbullah Pit boleh naik jadi ketua menteri Melaka.