Sunday, March 29, 2009

MACAM MACAM ADA!

Assalamualaikum,


Semasa menunggu proses penamaan calon selesai, maka dapat juga saya perhatikan tentang perubahan yang sedang belaku dalam PAS. Semasa saya mula bersama dengan PAS, perkara perkara seperti ini sukar saya jumpa.

Tetapi sekerang saya jumpa penyokong PAS yang bertocang.


Ada juga penyokong PAS yang saya jangka terdiri daripada mereka yang bukan beragama Islam, tetapi bersedia untuk mengikat headband yang bertulis la ila ha illallah.

Ini adalah suatu perkembangan yang baik saya kira, dengan harapan hidayah satu hari nanti akan masuk ke hati mereka ini. Saya sangat tertarik dengan kumpulan kelab penyokong PAS ini yang bersungguh sungguh dan berpenat lelah untuk menyatakan sokongan mereka kepada PAS. Saya nampak kejayaan PAS dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang ini adalah sangat hampir.



Ramai orang PAS atau penyokong PAS yang menghisap rokok saya perhatikan. Semasa saya mula mendampingi PAS dahulu, saya ditarbiahkan supaya jangan merokok, walaupun saya sememang tidak merokok. Tetapi perlakuan ini sememang sukar dibenteras.

Kalau hisap rokok itu sudah saya rasakan sebagai satu kelainan, maka kalau orang itu hisap rokok daun bertambahlah lagi kelainannya.

Kalau orang PAS hisap rokok daun, bertimpa timpalah kelainan yang ku rasa.