Friday, March 20, 2009

SETUJU DENGAN AZIZ TAPA

Assalamualaikum,


JASIN 19 Mac - Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang dilarang daripada bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan parti kali ini adalah seorang pejuang sebenar parti kerana sikap terbuka beliau menerima keputusan tersebut.

Tokoh veteran UMNO, Tan Sri Aziz Tapa berkata, reputasi Naib Presiden UMNO itu yang dikenali sebagai paling kuat bekerja dan sanggup melakukan apa sahaja demi keutuhan parti membuktikan beliau seorang ahli yang begitu setia dan tidak patah semangat.

''Saya cukup mengenali beliau (Mohd. Ali) sejak daripada menjadi pemimpin belia melalui banyak pengalaman dalam politik di peringkat cawangan, bahagian, dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan menjadi Ketua Menteri sehingga sekarang.

''Mohd. Ali adalah pejuang politik yang sebenar bermula daripada peringkat akar umbi. Segala pengalaman yang dilalui hingga membawanya menjadi Ketua Menteri sudah cukup membayangkan beliau seorang yang kuat kerja dan melakukan apa sahaja untuk parti,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di kediamannya di sini hari ini.[utusan malaysia online 20-3-09]


Saya setuju dengan Tan Sri, bahawa meremut dalam UMNO yang sanggup melakukan apa sahaja. Bukan untuk kesejahteraan rakyat, tetapi untuk menggemuk tembolok sendiri.


Sanggup melakukan apa sahaja..... itulah sebabnya lembaga disiplin UMNO mendapati dia bersalah. Dia telah melakukan sesuatu, yang semua orang UMNO buat.


Seantero dunia dah tahu apa yang dia lakukan. Tan Sri pun tau kan?