Thursday, May 28, 2009

TAHNIAH INSTRUMEN NEGARA SPT KILAT

Assalamualaikum,

Tahniah kepada semua instrumen negara yang bertindak pantas dan cepat dan laju dan segera bagi menyelesaikan masalah rakyat.

Penghakiman oleh mahkamah rayuan terhadap rayuan Zambry bahawa dia sebenarnya menteri besar Perak yang sah selesai dalam masa 5 minit.

Rayuan Zambry agar mahkamah rayuan mengeluarkan perintah stay of execution terhadap Nizar apabila mahkamah tinggi telah mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar yang sah, diluluskan dalam masa 3 jam sahaja dan dibenarkan oleh mahkamah rayuan.

Cerita ronggeng di Penanti disiasat oleh SPRM dengan segera apabila ada pihak mendakwa menawarkan rasuah kepada calon bebas.

Hebatnya instrumen negara ni.

Tapi kenapa kes Memali dah 25 tahun tak selesai dibicarakan?