Monday, June 22, 2009

TOPENG

Assalamualaikum,

Tiga lagi kes penularan tempatan wabak jangkitan influenza A (H1N1) dikesan di negara ini, menjadikan semuanya tujuh kes, tidak termasuk 51 kes import.Akibat penularan tempatan ini, sebuah lagi sekolah ditutup mulai hari ini dan tiga lagi bilik darjah di tiga buah sekolah masing-masing di Cheras, Petaling Jaya dan Shah Alam diarah berbuat demikian.Buat masa ini dua buah sekolah iaitu SRJK(C) Jalan Davidson, Kuala Lumpur dan SRK Assunta 2, Petaling Jaya, telah ditutup bermula masing-masing pada 21 Jun dan 22 Jun. Sementara itu bagi Seri Cempaka International School, Batu 9 Cheras, Selangor; SMK Seksyen 9 Shah Alam dan SMK Damansara Utama, Petaling Jaya di mana satu kelas sahaja telah diarah tutup di sekolah masing-masing bermula 22.

Begitulah menularnya jangkitan penyakit H1N1 ini. Anda masih ingat jangkitan meningitis di Tiang Dua, Melaka sekitar May 2009? Semasa gemparnya penyakit tersebut, maka gundah gelanalah hati ibu bapa di pekan Tiang Dua tersebut, sehingga ibu bapa pun meminta kebenaran guru besar untuk membenarkan anak anak mereka memakai mask semasa ke sekolah. Pihak sekolah pun memberi kebenaran, dan para pelajar pun memakai mask semasa belajar.

Insiden ini telah bocor kepada media, dan telah tersebar gambar para pelajar sekolah tersebut menggunakan mask semasa belajar di dada akhbar dan media lain. Dialkisahkan, sebelum membenarkan pelajar menggunakan mask, pihak sekolah telah meminta izin daripada pihak yang lebih tinggi untuk membenarkan pelajar menggunakan mask. Izin diperolehi.

Tetapi apabila maharaja Melaka melihat gambar para pelajar memakai mask, maka murkalah baginda. Baginda menggodam Kuala Lumpur. Kuala Lumpur ketuk pihak berkuasa pelajaran Melaka. Melaka ketuk daerah. Daerah marah kesekolah lalu dihamput.

Maka penguasa sekolah semput.