Tuesday, July 28, 2009

MEMBUJUK VS MEMAFIAKAN

Assalamualaikum,

Jelas terdapat dua pendekatan berbeza yang digunakan oleh dua jentera yang bersaing untuk menyambar pucuk pimpinan Malaysia. Cara yang digunkan oleh Paktan Rakyat ialah membujuk rakyat supaya menerima idealisme perjuangannya dan bersama sama dengannya dalam usaha menjatuhkan Barisan Nasional.

Cara ini adalah cara yang digunapakai disemua demokrasi didunia ini, iaitu rakyat memilih pimpinan mereka tanpa sebarang tekanan atau ugutan. Dalam hal ini, kelihatan Anwar Ibrahim berada jauh di hadapan dengan membujuk beberapa figur besar barisan nasional untuk menyertai PKR dan dengan itu berada dalam saf PR. Nama nama seperti Zaid IBrahim, Chua Ju Meng, S. Subramaniam adalah stok terbaru yang masuk dalam persenjataan PR.

Ini adalah satu cabaran yang sangat sukar ditangkis oleh BN. Sebabnya ialah figur yang keluar BN dan masuk PR ini bukan keluar bersaorang, tetapi membawa penyokong mereka bersama. lebih menggerunkan lagi ialah figur figur ini juga menghayunkan pengundi kepada PR. Kalau 1000 orang sahaja yang mengikut S. Subramaniam melompat ke PKR itu tidak begitu memitamkan, tetapi angka ini akan menjadi berlipat ganda semasa pilihanraya, kerana setiap 1000 ini pula akan ada pengikut masing masing, dan setiap masing masing itu pula akan berkempen menghayunkan pengundi jauh daripada BN.

Parti Gerakan sudah tidak bergerak lagi. Ia sedang koma sekarang. MCA sedang nazak. MIC sedang mengalami pembedahan major. Parti parti BN yang nyamuk sedang dikecai kecai oleh tangan tangan sendiri. UMNO sukar bernafas.

Oleh itu BN, demi survival , menggunakan cara yang mereka warisi daripada penjajah. The end justifies the mean. Cara yang ada pada mereka hanyalah dengan memafiakan tindakan dengan memperkudakan instrumen negara. Posting ini tidak mendetailkan segala tindakan kemafiaan tersebut, tetapi kau tau kan?