Tuesday, July 21, 2009

YANG RACIST TU UMNO

Assalamualaikum,

Semua pemerhati politik tahu bahawa apa yang berlaku dalam peristiwa Teoh Beng Huat ialah satu permainan kotor politik yang berpaksi kepada sifat dengki yang racist UMNO. Oleh kerana UMNO rasa mereka sekurang kurangnya dapat berpaut kepada dahan rapuh masa dalam kes penipuan dan rampasan kuasa di Perak dengan bantuan semua instrumen negara, maka nafsu serakah mereka tidak dapat dan belum dapat dipuaskan.

Mereka berkira kira untukmenjatuhkan kerajaan Negeri Selangor yang dipilih secara mengikut perlembagaan dengan cara yang sama, iaitu memperkudakan instrumen negara dengan cara mafia yang telah berkali kali mereka lakukan. Tetapi kali ini kuda kepang mereka tersilap langkah dan merungkup jatuh bersama tuan sipenunggang.

Punca mereka melakukan kerja kerja mafia ini adalah kerana sifat hasad dan dengki yang berkerak dalam qalbu mereka, dan untuk mendapat sokongan, mereka meniupkan api perkauman tentang survival Melayu, kerana, itulah satu satunya cara yang mereka tahu untuk mendapat sokongan.

Oleh itu, selesai sahaja PRU 12, mereka laungkan ketuanan Melayu. Dalam kes perompakan kuasa di Perak, semua institusi Melayu dan Islam digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang haram. Ia itu merompak.

Sekarang, dalam keadaan bertelanjang dikhalayak ramai kerana isu Teoh Beng Huat, maka laungan perkauaman ini ditiupkan semula. Mereka mengatakan pembangkang memainkan isu perkauman, kerana cuba melemahkan SPRM, satu institusi Melayu.

SPRM institusi Melayu? Atau ia institusi Malaysia?

Tak dapat beza ke antara SPRM dengan institusi Undang dan Luak?

Dalam keadaan UMNO tersepit kerana kehakisan sokongan, GAPENA pun bersuara dengan suara dan denyutan nadi UMNO, sebab pada mereka GAPENA itu gabungan penulis UMNO, dan bukan gabungan penulis nasional.

Apa yang UMNO risau, orang Melayu yang sengaja dibiarkan mundur masih lagi dan terus menerus sokong UMNO. Perhatikan keputusan pilihanraya kecil Bukit Gantang bagi kawasan Trung, dan pilihanraya kecil Manek Urai.

Apa yang UMNO perlu lakukan untuk terus berkuasa ialah jadikan orang Melayu mundur dan tidak berkembang secara intelektual.

Kumpulan ini akan terus menyokong mereka.