Wednesday, August 19, 2009

KEKUDA MUHYDN GOYAH

Assalamualaikum,

Banyak suara dalam UMNO dan BN yang cuba menydapkan hati sendiri dengan mengatakan bahawa telah berlaku tanda tanda bahawa pengundi Melayu telah beryun semula kepada UMNO. Analisis mereka ini adalah berdasarkan kemenangan tipis PAS sebanyak 65 undi di Pilihanraya kecil(prk) Manek Urai.

Saya katakan analisis ini adalah faulty!

Sebabnya ialah kekalahan UMNO dalam pr Manek Urai adalah kerana kurang tajamnya analisis yangt dibuat oleh Muhyiddin. Apa yang ditunjukkan oleh pengundi Manek Urai ialah bagaimana bijaknya orang Kelantan berpolitik. Mereka sedia untuk menukar ayunan undi mereka kepada BN sekiranya BN boleh memberikan mereka sesuatu, dan pada masa yang sama mereka tidak mahu memalukan Tok Guru, jadi mereka bercatur dalam perkiraan win-win situation.

UMNO pancing dengan janji jambatan mereka terima, tetapi pada masa yang sama Tok Guru tidak dijatuhkan. Tetapi persilatan politik Muhyiddin dangkal dan cetek serta tidak dapat mengesan kecenderungan ini terlebih awal.

Apa yang sepatutnya Muhyiddin lakukan ialah hamburkan janji janji pembangunan seperti yang dihamburkan oleh mendiang Tun Ghaffar Baba. Tun tidak main juta juta seperti yang dijanjikan oleh Muhyiddin. Tun main bilion saja. Kalau tak sebut bilion, jangan tabur janji politk semasa pilihanraya. Ada ke Muhyiddin tabur janji secupik 7 juta sahaja untuk Manek Urai, manalah orang Kelantan nak termakan sangat. Kalau sekiranya dijanjikan dengan pembangunan sebanyak RM 1 bilion di Manek Urai sahaja, maka sudah tentulah orang Manek Urai mungkin terayun dengan lebih ramai lagi. Barulah UMNo boleh menang!

Dan Mahyiddin tak perlu risau; kan janji politik pilihanraya hanya untuk sebutan sahaja!

Petunjuk sebenarnya pengaruh UMNO sekarang ialah keputusan prk Bukit Gantang. Dalam prk tersebut, orang Melayu dalam DUN Trong tetap bersama UMNO walau apa pun ribut politik yang melanda Perak. Maka, itulah petunjuk kekuatan UMNO sekarang. Maka itulah petunjuk kekuatan UMNO semasa memasuk prk N11 Permatang Pasir.

Maka, power base UMNO masih lagi ada di kalangan orang Melayu yang kekal dengan tahap kehidupan rural. Suasana rural Kelantan tidak boleh dijadikan kayu pengukur kerana kebijaksanaan rakyat Kelantan berpolitik tidak sama dengan rakyat negeri lain. Orang melayu yang bukan berada dalam keadaan rural bukan menjadi power base kepada UMNO. Malah merekalah yang paling jauh terayun daripada UMNO. N11 berada di pantai barat Semenanjung. Trong berada di pantai barat Semenanjung. Maka apa yang ditunjukkan oleh keputusan prk Bukit Gantang itulah juga yang akan dihasilkan dalam prk N11 permatang Pasir.

Kesilapan besar UMNO ialah apabila mereka tersalah rekabentuk semasa diperingkat drawing board. Mereka telah melakukan gerrymandering dengan merobek robek kawasan pilihanraya berasaskan satu kriteria sahaja. Non Melayu akan memberikan undi mereka kepada BN. Sekarang kriteria itu sedang memancung mereka sendiri, kerana non-Melayu semakin lari daripada UMNO/BN, ditambah pula dengan serangan rasis yang dilakukan oleh media kawalan UMNO serta tindakan beberapa instrumen negara yang jelas menampakkan mereka ditunggang oleh UMNO untuk melaksana satu grand design jahat menjatuhkan PR secara mafia.

Ini semakin menjauhkan UMNO/BN daripada pengundi non Melayu.

Lebih perit UMNO/BN tidak boleh menukar design yang telah sedia ada di drawing board kerana ketiadaan majoriti 2/3.

Masuk N11 Permatang Pasir. UMNO digemburkan boleh melakukan keajaiban. Tetapi sebaik sahaja selesai penamaan calon, calon pilihan mereka dilanda kontroversi memalukan. Secara mudahnya calon UMNO telah hilang integriti. Berpeluh Zahid Hamidi, Ahmad Maslan, hatta Muhyiddin Yasin cuba mempertahankan calon mereka, namun semakin dipertahan semakin hilang kredibilitinya. Semakin disokong, semakin goyah kekudanya.

Seperti di Trong, power base UMNO akan tetap memilih calon ini.

Tetapi pengundi lain akan mentertawakan dan memperlekehkannya.

UMNO akan dimalukan sekali lagi!