Wednesday, August 26, 2009

M 1551

Assalamulaikum,

Semasa ke pejabat tadi saya ternampak nombor plat sebuah kereta. Nombor plat kereta itu mengingatkan saya tentang nombor plat kereta guru saya yang pertama di alam persekolahan.

Saya masuk darjah satu di Sekolah Kebangsaan Tambak Paya, Ayer Molek, Melaka. Tahun 1959.

Guru Besar, yang juga guru darjah saya ialah Cikgu Hashim. Dia berasal dari Duyung. Plat keretanya M 1551. Kereta Austin, warna hitam.