Friday, September 25, 2009

PENYAPU;HASSAN ALI; MIC

Assalamualaikum,

Semasa Hassan Ali ,yang pada ketika itu baru sahaja dilantik sebagai pesuruhjaya PAS Selangor, melantik pula saya sebagai ahli perhubungan PAS negeri Selangor untuk mengisi salah satu daripada kekosongan jawatan yang dipenuhkan secara lantikan, dengan hormat saya menolak. Walaupun di zaman Ustaz Hassan Shukri saya selesa berada dalam Perhubungan PAS Negeri Selangor.

Saya telah baca beberapa hal, yang kalau diceritakan kepada orang lain, amat sukar untuk diterima analisis tersebut pada ketika itu.

Sekarang, apa yang saya nampak sedang terburai satu demi satu. Seperti cerita penyapu ini, dan lain lain.

Kemudian terbaca pula desas desus MIC akan pecah seribu , dan mungkin lebih.