Wednesday, October 14, 2009

TO LOSE, EXPECTED. TO BE ROUTED?

Assalamualaikum,

Semasa saya mengepalai jentera pilihanraya PAS bagi satu kawasan parlimen, tugas yang paling sukar untuk dilakukan ialah mendapatkan undi kaum India di estet dan undi Orang Asli.

Pendekatan yang perlu digunakan adalah sangat berbeza dengan pendekatan yang digunakan untuk komuniti lain. Ringkasnya, kami gagal mendapatkan undi mereka.

Di Bagan Pinang, isu menghina masyarakat India dengan kepala lembu nampaknya tidak memberi kesan kepada undi yang mereka pilih. Begitu juga dengan gembar dan gembur yang menunjukkan sokongan kaum India kepada PR tidak menjadi di N31.

Apakah sebabnya?

Untuk undi masyarakat India di N31 saya rasa Makkal Sakti memainkan peranannya. Komuniti ini adalah amat taat dengan apa yang diarahkan oleh kumpulan agama mereka, dan apabila kumpulan terssebut mengarahkan pangkah BN, maka mereka merasakan tiada apa halangan arahan tersebut dipatuhi. Saya percaya apabila Makkal Sakti masuk BN, isu kuil di Shah Alam disensasikan di kalangan komuniti mereka di N31 sehingga menterbalikkan kecenderungan mereka.

Dua komuniti yang saya sebutkan tadi juga amat mudah dipengaruhi dengan habuan wang dan material. Dalam pilihan N31, hamburan yang diberikan adalah tersangat menggunung.

Pengundi atas pagar juga telah berubah angin daripada memberikan undi mereka kepada PAS, kepada BN. Dengan itu, kemenangan sederhana BN yang telah dijangka yang disebabkan oleh undi POS, menggemuk disebabkan oleh faktor di atas.

Dan majoriti ini terus menggemuk ditambah dengan faktor SPR, hari cuti sebagai hari membuang undi, janji janji pembangunan yang main bilion, tidak lagi main juta, dan ketotokan pengundi N Sembilan terhadap UMNO , serta penipuan yang pelbagai lagi, maka, PAS dan PR were routed.