Sunday, April 4, 2010

BAJA CAP....

Assalamualaikum,

Beberapa tahun ada seorang menteri memerintahkan baja yang dibekalkan oleh negara kepada petani petani miskin dan susah dibubuh cap dacing. Kebanyakan baja tersebut dibekalkan kepada petani di Kelantan, kerana usaha ini bertujuan untuk menjinakkan mana mana petani yang kononya tidak berterima kasih dan tidak mengenang jasa BN supaya mesra dengan BN.

Seorang kawan saya yang membuat design dacing tersebut.

Dalam keghairahan pilihanraya kecil Hulu Selangor, BN telah pun mula menabur janji, dengan menjanjikan sekian banyak juta kepada tempat ini, sekian banyak juta di tempat ini. Mereka ini mungkin tidak belajar daripada kekalahan di Manik Urai. Menjanji hanya RM 7 juta bagi sebuah jembatan tidak mampu untuk membeli undi pengundi.

Mengapa mereka tidak janjikan seperti yang biasa dijanjikan oleh seorang bekas TPM yang sudah almarhum. Di sana sekian bilion, di sini sekian bilion.

Sebab itu saya setuju dengan kenyataan menteri besar Selangor yang mencabar BN supaya membina universiti di Hulu Selangor. Boleh lah namakan universiti tersebut universiti Cap Dacing.

Yang kepada orang Terengganu Cap Dacing tu sinonim dengan cap ayam.