Wednesday, May 5, 2010

PEKERJAAN HAJI.....49

AsSALAMUALAIKUM,

Memecahkan ego

Manusia sememang dibekalkan dengan ego. Ia perlu untuk kita punyai harga diri. Tetapi kalau ego terlalu tinggi dan menebal, ia merupakan satu sifat hodoh.

Apabila kita menunaikan haji, ia adalah satu tarbiyah dari Allah supaya kita memecahkan ego kita. Dengan pakaian ihram yang satu warna, dan hampir menyerupai seorang ceti, ego kita sememang direntap ranap.

Sewaktu menunaikan haji 1987, semasa berbaris di imegresen, jemaah lelaki yang dihadapan saya dipanggil namanya oleh pegawai imegresen bertugas di kaunter. Oleh kerana hanya namanya sahaja yang disebut, lantas beliau protes kepada pegawai tersebut: title, title !; tan sri!


Untuk menunjukkan bahawa arab tersebut tidak menyebut titlenya iaitu tan sri!

Apabila kita menunaikan haji, semua ego kita mesti dipecahkan atau direndahkan agar kita berstatus sama dengan jemaah yang lain. Semua jemaah berstatus sama iaitu tetamu Allah.

Jadi anda kena bersedia kalau anda dipanggil haji, semua title anda tidak lagi digunakan di sana pada sisi Allah.

Melainkan segelintir yang terus mahu gelaran diucapkan apabila mereka disapa:

Salam maklekom datuk
Salam maklekom tan sri
Salam maklekom YB
Salam maklekom datin