Wednesday, June 23, 2010

CENTURY SUSUT NILAI

Assalamualaikum,


Sekiranya anda mendengar berita bahawa 500 orang parti politik A meninggalkan parti tersebut kerana telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinannya, maka angka tersebut anda perlu buang dua sifarnya.

Setelah dua hari, anda perlu nilai semula nilai angka tersebut, kerana ia pasti akan mengalami susut nilai. Biasanya susut nilainya ialah 50%. Jadi yang sebenarnya ialah 2 setengah orang sahaja. Yang setengah tu pun bukan orang, tikus je.

Ada cerita 100 orang nak masuk parti B, belum apa apa dah berlaku susut nilai.

Jadi sekarang century telah susut nilai kepada half century, tetapi kerana masih ada angka sifar, maka anda perlu sekali buang sifar tersebut.

Tapi kalau nak sedap hati, bayang bayang pun boleh dikira dalam jumlah besar juga.