Sunday, June 27, 2010

PENEMUAN BARU: INGIN TUKAR WARNA?

Assalamulaikum,


Sejak sekian lama saya mencari sepasang kasut baru untuk ke pejabat. Dua minggu lepas, saya bertemu dengan yang saya cari di central shoes, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Sebelum pakai, saya peraga dulu dalam bilik. Warna coklat. Ok gak.


Apabila saya pakai kasut yang baru ini, terasa dalam diri sendiri macam segak aje kasut ini. Dipakai di tempat kerja yang baru di Tanjung Malim kira selesa juga.


Khamis lepas, selesai beberapa tugas di pejabat, saya ke toilet. Tanggal kasut, pakai selipar dan terus ke toilet. Kebiasaan saya akan solat sunat dhuha, sebab itu tanggal kasut untuk memudahkan berwudhu'.

Sekembali dari toilet, dan sedang bersiap untuk solat sunat dhuha, saya terperasan satu perkara pelik berlaku:


Kasut saya tiba tiba je bertukar. warna. Sebelah yang coklat tu menjadi hitam. Saya amat amati, memang sah, saya telah bertemu dengan kaedah baru untuk menukarkan warna kasut.


Apabila saya pakai kasut yang dihasilkan oleh penemuan baru ini, rasanya selesa aje.