Friday, September 24, 2010

RASA TAKUT: SATU LAGI MAKANAN NASIONALISME

Assalamualaikum,

Dalam penutup satu sesi ceramah di sebuah IPTA saya dengar seorang emeritus membaca ayat Qur'an : berpegang teguh dengan tali Allah dan jangan berpecah belah. Ayat itu dibaca matannya. Wah bagus kau pak emeritus.
Tetapi bapak sendiri pun tidak berpegang kepada apa yang bapak baca. Qur'an suruh berpegang kepada Tali Allah, tapi bapak dan yang searus dengan bapak berpegang pada tali nasionalisme.
Dalam posting posting yang lepas telah dinyatakan bahawa nasionalisme hidup kalau ia diberi makan. Salah satu makanan nasionalisme ialah benci. Benci kepada pihak yang tidak sehaluan kepada mereka. Sekarang ini mereka meniupkan kebencian kepada lawan politik mereka.
Satu lagi makanan nasionalisme ialah rasa takut. Bila ditiupkan rasa takut, takut hilang itu, takut hilang ini, takut tidak lagi jadi tuan, takut kononnya nanti merempat di bumi sendiri, dan macam macam ketakutan yang dicipta dan dicetak sendiri, maka apa yang diharapkan ialah sokongan kepada perjuangan nasionalisme akan mendapat sokongan.
Contoh di sini: [bila jumpa perkataan Melayu, anda ganti dengan umno. Sebab itulah maksud sebenar]
Mamat ni takut kita faham. Takut jadi macam nasib suharto. Anak anak takut jadi nasib anak suharto