Friday, October 22, 2010

KERANA KEBULOQ, DIGAGAHI

Assalamualaikum,
Dalam membuat persiapan menghadhiri sebuah conference di Bandung, aku teringat masyarakat barat selalu menamakan benda atau perkara buruk dinisbahkan kepada negara atau bangsa atau orang lain, bukan mereka. Sebagai contoh inggeris menamakan campak yang berbahaya sebagai German measles.

Tapi bagi kita di Malaysia ini, kita sering menisbahkan yang baik baik itu kepada tempat orang atau negara orang, seperti beras siam, atau mee bandung.Semasa ke Bandung beberapa tahun yang lepas, puas aku cari mee bandung, atau air bandung, namun tidak berjumpa.

Beberapa hari yang lepas, selepas solat magrib di pekan di mana institusi aku bertugas sekarang terletak, aku merasa lapar yang bersangatan. Oleh kerana aku mempunyai beberapa alahan, maka aku berkira sangat apakah makanan yang hendak dimakan dan dimana hendak makan.


Tetapi oleh kerana sudah sampai tahap kebuloq, aku pun berhenti di gerai yang paling hampir, fikir punya fikir, order la mee bandung.





Dari luar, aku dah tahu bagaimanakah keadaan gerai tersebut. Orang kampung aku istilahkan sebagai seberang seberot. Maknanya berterabur tak ketahuan arah.


Bila aku jeling ke arah dapur gerai tersebut, maka terpangpanglah imej seperti di bawah ini.



Bila lihat mee bandung, menyelerakan. Bila lihat keadaan sekeliling gerai, memualkan.

Tapi sebab dah kebuloq, ku tokak juga.