Sunday, January 23, 2011

AJARAN SESAT YANG DISAHKAN BETUL

Assalamualaikum,


Kalau sekiranya anda berpeluang ke Hulu Langat Selangor, jangan lupa ziarah ke tempat tempat atau pondok pondok tariqat yang meremut di sana. Di sana sangat banyak kumpulan tariqat yang masing masing ada perkampungan atau pondok sendiri.

Pengalaman saya ialah kebanyakan pondok pondok ini ingin bersendirian, dan dalam amalan politik, samada mereka bersifat non-partisan atau menyokong BN secara terang terangan dengan memacakkan papan tanda menyokong BN.

Dengan cara itu mereka congak mereka akan selamat daripada dilabel ajaran sesat.

Tetapi ada satu ajaran sesat yang sekarang diiktiraf sebagai betul dan benar dan diajak ramai nyawa menganutnya. Nama ajaran ini ialah nasionalisme. Ia diasaskan oleh seorang tok guru namanya revolusi peranchis.

Dalam kempen pilihan raya kecil TENANG, ajaran ini telah rebranding fatwa lama mereka bahawa mendirikan negara Islam itu bahaya kepada rakyat.

Oleh itu rakyat hendaklah anut nasionalisme dan tolak apa sahaja yang berkaitan dengan negara Islam atau hukum islam yang mahu didaulatkan

Ajaran ini mengatakan undilah BN, anda akan diberi syafaat oleh tok guru revolusi peranchis