Wednesday, January 12, 2011

MESMERIZE

Assalamualaikum,


Selepas piliharanraya 1999, dalam satu mesyuarat saya telah menyatakan bahawa satu bahagian parti keadilan pada masa itu telah lumpuh. Tetapi, sambung saya, mereka masih mempunyai pengundi. Maklumat ini telah dibocorkan oleh seseorang di dalam mesyuarat tersebut. Sekarang saya tahu siapa orang itu, agaknya.

Apa yang saya hendak bawa di sini ialah PKR adalah satu parti yang lemah jenteranya. Begitu juga DAP adalah satu parti politik yang daif jenteranya. Satu satunya parti politik di Malaysia yang punyai jentera yang mantap ialah PAS. UMNO dan BN sendiri tidak punyai jentera. Mereka sebenarnya berdiri dalam istana pasir dan bertongkatkan jentera dan instrument negara. Sekiranya tongkat ini disentap dari mereka, merungkup mereka mengguling.

Tetapi PKR dan DAP punyai pengundi, dan jumlah ini membuncit setiap hari. Isu perlantikan setiausaha negeri Selangor mungkin meredumkan imej MB Khalid di mata umum, namun pada masa yang sama simpati pengundi beralih ke PKR dan PR. Parti ini dilihat sebagai pihak yang dianiaya, dan mendapat simpati pengundi. Jadi kombinasi antara PKR, DAP dan PAS menghasilkan satu tenaga yang potent untuk meranapkan BN.

Di kawasan parlimen yang saya katakan jentera parti Keadilan telah lumpuh itu kemudiannya memberi kemenangan besar kepada seorang saintis PAS untuk menjejak kaki ke parlimen Malaysia. Oleh itu adalah satu kesilapan  besar sekiranya anda mengatakan PKR sedang nazak, atau langkah ke Putraja itu satu angan angan mat jenin.

Memang ada double agen yang ditanam dalam Keadilan dan PKR yang setelah diangkat dan diberi kepercayaan menikam semula PKR, seperti kes di Perak, kes dua bunga [saya belajar zahrah itu maknnaya 1 bunga. zahrain itu  maknanya 2 bunga] dan ketayap harley davidson. Namun ini adalah perkara yang telah dibaca dan dijangka  terlebih awal lagi, namun saya menjangkakan double agen ini ramai, rupanya alhamdulillah  beberapa ekoq saja.

Satu kuasa yang terus memberi ketakutan kepada BN ialah Anwar Ibrahim. Beliau merupakan tenaga yang menggemukkan jumlah pengundi PR. Setiap hari dan setiap ceramah, beliau menambahkan bilangan pengundi PR.


Pengundi yang menyokong PR terus menerus bertambah, dan kawan dan lawan mengakui bahawa beliau ini punyai kelebihan untuk menjadikan pengundi

mesmerized