Wednesday, May 18, 2011

LUKLUK WAL MARJAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sekitar tahun 1990an, seorang kenalan, yang juga mungkin pekerja 'am atau buruh sebuah IPTA terpilih untuk mengerjakan haji pada tahun tersebut. Aku memang sudah kenal dengan dia, dan kawan kawan ku memang selalu di kalangan yang marhaen. Selepas solat hari raya puasa pada tahun itu, dia mengajak aku berziarah hari raya ke rumahnya. Aku dan anak (tidak ingat anak yang mana satu , tetapi yang boys) memenuhi ajakan beliau.

Kehidupan beliau dan keluarga sangat sederhana, dan semasa kami berbual sambil menjamu selera dengan kuih raya, dia memberi tahu saya bahawa pendapatannya untuk dijadikan biaya menunai haji sememang tidak mencukupi. Tetapi beliau berdoa kepada Allah ya Allah aku ingin sekali mengerjakan haji. Lalu katanya, secara yang tidak disangka, datang rezeki dari sumber yang beliau tidak jangka sehingga cukup membiaya pemergian hajinya.

Nama beliau ialah Wak Marjan

Dalam surah AR RAHMAN ada tersebut permata yang dinamai LUKLUK dan MARJAN

Seorang ahli parlimen PAS namanya Dr. Lo' Lo'

Hari tu aku lihat bola antara Chelsea vs Newcastle U. Ada seorang pemain Newcastle tu namanya LUALUA

Aku faham la, nama keluarganya ialah LUK LUK AA

Mereka semua ini adalah permata

Kan?