Tuesday, May 3, 2011

NAJIB KUBURKAN UMNO

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ramai orang menceritakan tentang teori RAHMAN apabila bercakap mengenai siri perdana menteri Malaysia. Dan seperti yang anda tahu, sekiranya anda mempercayai teori ini, N dalam huruf teori tersebut ialah Najib.

Boleh anda cari huruf selepas N itu. Tidak kan. Maknanya, seperti yang telah dibincangkan oleh pelbagai tulisan, teori ini terhenti setakat N sahaja. Selepas N, seluruh yang mendokong teori ini akan bungkus.

Dan pancungan yang paling akhir dan terkini dilakukan oleh Najib bagi memancung diri sendiri dan kenderaan nya bernama umno. Najib beri warning kepada orang Cina, pilih MCA, kalau tidak kamu akan ketinggalan dalam representasi negara.

Ini sekali gus memutuskan reja reja simpati yang masih ada pada orang Cina terhadap umno.  Sekarang tidak ada seculit lagi simpati orang Cina untuk memberi undi mereka kepada umno dan bn.  Perlu diingat bukan hanya orang cina perlukan undi melayu, tetapi orang melayu yang memenangkan umno juga perlu undi cina untuk menangkan umno.

Sekarang undi tersebut telah ditebas oleh Najib.  Maka laluan ke kubur sudah nampak sangat jelas bagi umno.