Thursday, October 13, 2011

BUKAN AHMAD AL BAB

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Sentiasa aku mendoakan yang membaca entri ni akan sampai ke masjidil haram, untuk haji dan umrah. Sekiranya anda pertama kali sampai di sana ada baiknya anda mengenal pintu pintu masjid, dan mengingati nombor pintu berkenaan.
Ini adalah pintu bernombor 1, Namanya pintu King Abdul Aziz. Pintu ini adalah pintu antara pintu pintu utama masjid ini.


Ini namanya Babul Fatah. Juga adalah salah satu pintu utama. Tetapi kedudukannya sekarang agak kurang jemaah Malaysia melaluinya kerana kerja kerja pembinaan yang sedang dijalankan menghadap pintu ini.
Ini adalah Babul Umrah, juga salah satu daripada pintu utama masjid, tetapi seperti Babul Fatah, kerja kerja pembinaan sedang berlangsung bersetentangan dengan pintu ini.

Ini adalah Babul Fahd, tetapi gambar ini diambil dari kawasan kaabah menghala keluar. Jadi kalau anda berada dalam kawasan dataran kaabah dan ingin keluar dari masjid, perhatikan pintu mana yang anda harus lalui, dan setiap pintu besar itu ditandakan labelnya dengan warna yang berlainan. Kalau pintu ini warnanya putih.

Kalau label atau lampu pintu berwarna merah, bermakna laluan melalui pintu tersebut telah penuh, sekiranya anda masuk juga, berkemungkinan dilarang oleh security yang menjaga pintu itu, atau anda mungkin tidak akan dapat tempat untuk bersolat.


Pak aji ni pulak sebuk berposing dengan babul baqi' di masjid nabi