Wednesday, October 5, 2011

JAM GADANG

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Kak Amismar, sepupu kepada isteri aku yang di Jakarta memberi tahu dalam tahun 2006, kalau pergi ke Bukit Tinggi jangan lupa ke Jam Gadang. Kau tau apa itu gadang? Maknnnya besau. Orang Negeri Sembilan kata kalau tak salah aku godang.

Bila aku dan anak anak sampai ke Bukit Tinggi, jam yang dimaksudkan tu, tidak lah gadang sangat, jam di Banda Hilir Melaka lebih gadang lagi. Tapi yang penuh di sekitar Jam Gadang  ni hanyalah kutu perahak dan bau busuk tahi kuda.

Tetapi jam yang ada di sebelah Masjidil Haram di Makkah memang bona bona gadang.

Gambar diambil dalam tahun 2009 semasa Jam Gadang Makkah ni sedang dalam pembinaan. Puncaknya pun masih bercerucuk.

Gambar ini pula bini aku yang ambil semasa berada di puncak Jabal Qubais, 2009
Gambar yang ini menunjukkan puncak Jam Gadang Makkah  yang sedang dibina diselaputi awan, kerana pada masa gambar diambil Makkah dan Masjidil Haram hujan, 2009.

Sekarang jam ini sudah siap pembinaannya. Memang gadang sungguh
Pada waktu malam jam ini illuminated. Apabila azan dikumandangkan bahagian puncak di atas jam itu akan menyala lampu hiasannya dan menari nari sepanjang azan itu.

Jam Gadang Makkah ini baik hati juga. Malam raya dia ucapkan eid mubarak kapada orang yang melihatnya.


Jadi, kalau nak di kira gadang, yang paling tergadang di seantero dunia ialah Jam Gadang Makkah