Wednesday, January 11, 2012

BOM CELAH KELENGKANG MELETOP

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Almarhum Profesor Zulkifli  Moahamad, mantan YDP PAS mati diberitakan kerana kemalangan jalan raya. Diberitkan juga kereta beliau berlanggar, atau ada versi lain yang mengatakan dilanggar. Dilanggar oleh sebuah kenderaan yang fortified, atau telah diperkukuh. Siapakah yang mampu mempunyai kenderaan yang dimodify supaya jadi kereta kebal?

Mantan seorang MB Selangor dimalukan dengan cara dijejeh dia secara mengatakan dia menghasilkan anak haram, dan perincian anak tersebut dikeluarkan sehingga nombor surat beranak pun boleh dikemukakan. Kemudian artikel mengenainya diterbitkan di Java Post, indon, siapa yang punya skill untuk melakukan semua ini?

Mat Sabu diperangkap khalwat di Kota Baru dalam tahun 1995 dengan cara sama seperti mission impossible. Siapa yang mampu merancang sedemikian intricate sehingga menyamai filem mission impossible?

Dalam kes liwat edisi pertama, peti besi pejabat peguam Raja Addruce dibelah dan dokumen penting dilarikan. Untuk melakukan kerja kerja sedemikian, hanya yang pro dan dalam keadaan yang dikawal sahaja boleh melakukannya. Siapa yang punya skill sedemikian?

Rekod imegresen Altantuya diberitakan dihapuskan dari sistem komputer pejabat berkenaan. Kita tahu, untuk menghapuskan rekod penting sedemikian, perlukan password. Siapa yang punya kuasa sehingga boleh berkata beri aku password dan yang diherdik terus menikus setikus tikusnya?

Tajuk sebuah berita menohmah peserta bawa bom. Tetapi dikatakan juga tempat dikawal rapi, semua orang diperiksa rapi. lagu mana boleh lepas? Juga diberitakan device berkenaan diletak dibawah kon polis. Apa? Kon polis, bukan kon JKR ke?