السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Terima sms daripada hj amir hamzah shafii mengatakan bahawa almarhum hj ismail hashim jadi johan tilawah alqur'an peringkat dunia sebanyak 8 kali. Terima kasih diucapkan kepada tuan haji kerana mungkin telah gugel untuk membetulkan fakta, kerana malam sebelumnya dalam usrah kami bincang bahawa almarhum itu johan sebanyak 7 kali.
Sayangnya almarhum tidak sampai hayatnya untuk menggondol johan 9 kali
Kau bayangkan, se antero dunia tidak dapat mengalahkan almarhum ini, dia masuk sahaja pertandingan, jadi johan. Tahun yang dia tidak masuk, maka orang lain baru ada peluang untuk jadi johan. Aku rasa kalau tilawah ini diadakan diperingkat inter galaksi pun, almarhum akan johan juga.
Begitulah cemerlang dan terbilangnya almarhum itu.
Dengan kepakaran yang sebegitu hebat, sehingga akhir hayatnya pun tidak ada universiti di Malaysia yang sodi menganugerahkan kepada almarhum ijazah kehormat.
Dengan kepakaran dan bakat yang begitu melangit yang dianugerah Allah kepada almarhum, aku rasa bukan 1, tetapi sepatutnya beliau menerima tidak kurang 100 PhD kehormat.
Barulah kena pada tempatnya.
Janganlah beri ijazah kehormat kepada orang yang buat koleksi sanggul palsu