السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Apabila Reina melambungkan bola dari kotak penalti Liverpool hingga hampir ke kotak penalti Manchester United, hanya nasib sahaja yang telah menyebabkan Evra berada dalam posisi yang kurang bagus hingga menanduk bola yang secara tidak dirancang menjadi peluang kepada Kuyt meledakkan gol.
Begitu juga dalam pilihan raya 1990, di mana semua indikasi menunjukkan BN akan bungkus dalam pilihan raya tersebut, tetapi kerana nasib baik, maka pemakaian tengkolok yang berlambang salib oleh Tengku Razaleigh telah dieksploitasi sehingga yang bungkus sebenarnya ialah Tengku Razaleigh, walau pun, sebelum itu, Mahathir sendiri ada memakai tengkolok sedemikian, tetapi tidak menimbulkan apa apa kontroversi.
Dalam keghairahannya mencari publisiti atas nama Melayu, Ibrahim Ali telah membuat kesilapan maha besar apabila sekonyong konyong menjadi amat pemurah dengan memberi ang pow kepada segelintir orang Malaysia keturunan Cina. Ang pow tersebut berwarna putih.
Ini telah menimbulkan kemarahan masyarakat Malaysia keturunan Cina. Dan ini memang akan diterjemah menjadi undi kepada PR, dan Ibrahim Ali bertanggung jawab meredumkan undi kepada BN dalam pru 13.
PR telah bernasib baik, kerana putih itulah misteri yang akan membantunya dalam pru 13.
PR bernasib baik. Kerana di Malaysia ini masih ada lagi orang yang...
bahlul