Thursday, March 8, 2012

BUKAN PENGIKUT MUAWIYAH

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat lepas 2/3/2012 berpeluang solat jumaat di masjid ini. Namanya ialah Masjid Al Muhajirin, Jalan Swadaya Raya 1A, Larangan Indah, Tangerang, Jakarta. Kiranya masjid ini mempunyai ruang yang agak luas bagi sebuah masjid di Jakarta, kerana biasa aku perhatikan kalau masjid yang kecil, ruang memang agak terhad.

Aku rasa imamnya juga bertindak sebagai khatib juga sebagai pengerusi masjid juga sebagai pengerusi jawatan kuasa naik taraf masjid. Sebelum azan masuk waktu beliau menerangkan collection jumaat lepas sekian banyak jutanya.


Bila beliau berkhutbah, tiada teks yang dirujuk, tetapi aku rasa telah ada persetujuan mengenai  apa yang dibolehkan untuk disentuh, dan apa yang sensitif.

Khutbah kedua diisi dengan doa biasa. Tiada doa terkhusus bagi sesiapa.

Mereka mungkin bukan penganut fahaman muawiyah