Friday, July 13, 2012

HAMIRDIN VENDOR LETRIK

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bayaran Purata RM500 Sebulan Jual Tenaga Solar Kepada TNB



Pemilik kediaman boleh memperoleh purata RM500 sebulan selama lebih 21 tahun sekiranya mereka memasang sistem panel solar di rumah mereka.

Pulangan pelaburan itu diberikan sekiranya tenaga elektrik yang dihasilkan dijual kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB), kata Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Seda).

Pengerusi Seda, Tan Sri Dr Fong Chan Onn berkata, kos untuk memasang panel sumber tenaga hijau itu adalah antara RM10,000 dan RM12,000 per kilowatt.

Insentif RM500 dikira berdasarkan tenaga yang dihasilkan pada sistem empat panal solar kilowatt.
“Halangan utama untuk menggerakkan penglibatan awam secara besar-besaran untuk menggunakan tenaga solar adalah modal.

“Kami setakat ini menerima lebih kurang daripada 1,000 permohonan untuk projek ini,” kata Dr Fong kepada sidang akhbar di sini untuk menggalakkan penggunaan tenaga solar.


http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/7/13/mstar_berita/20120713153534&sec=mstar_berita