Friday, October 4, 2013

TANDA PUTRI

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Semasa cuti panjang sekolah dihujung tahun dimana berlaku peristiwa berdarah 13 Mei, aku membaca buku yang ditulis oleh Al marhum Tunku Abdul Rahman mengenai peristiwa berkenaan. Pada ketika itu aku akan memasuki form 5 pula ditahun berikutnya. Aku tidak membuat keputusan apa apa setelah membaca buku itu, tetapi yang aku paling tersentuh ialah apabila penulis menukilkan tasbihnya putus semasa beliau berwirid, dan mungkin, menurut penulis, ada sesuatu mesej yang ingin disampaikan dengan kejadian itu.

Bertahun kemudian, setelah aku reti membuat analisis, aku menyimpulkan musabab peristiwa berdarah itu ialah ada pihak yang tidak boleh menerima kekalahan.

Sebelum PRU 12, aku mengandaikan, memang pihak berkenaan tidak boleh tumbang dalam pru berkenaan, dan memerlukan satu tumbukan lagi untuk tumbang. Tapi, analisis aku tidak tepat. Satu tumbukan tidak cukup untuk menumbangkannya, sebab itu dalam PRU 13, ia masih berdiri, walaupun terhuyung hayang.

Cuma pelajaran penting yang boleh diambil di sini ialah, setelah selesai PRU 12, pihak berkenaan tidak boleh menerima hakikat mengenai kekalahan, sebab itu presiden pada ketika itu diminta berundur.

Setelah PRU 13, keputusan yang diterima lebih teruk lagi, tetapi kali ini presiden tidak diminta berundur. 

Isyaratnya ialah, mereka telah boleh menerima hakikat kalah.