Wednesday, February 19, 2014

SEHARI KHATAM QUR'AN 2 KALI

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Antara mu'jizat Nabi Muhammad S.A.W. ialah baginda dijalankan dari Masjidil Haram Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin, kemudian dimi'rajkan ke langit, dan turun kembali ke bumi sampai ke Makkah. Semuanya itu berlaku antara lepas waktu isya' hingga ke waktu subuh.

Tentulah di sini perspektif masa telah diubah oleh Allah dengan kuasa dan izinNya hanya untuk hambanya yang terpilih.

Apabila aku tulis tentang reservation aku terhadap cerita yang mengatakan ada imam yang bersembahyang sunat 1000 rakaat antara lepas isya' dan subuh, ada hamba Allah yang mempertikaikan tulisan ku, katanya, bagi sesetengah orang, waktu itu diubah perspektifnya kalau Allah mengizinkannya. Tak caya telefon nombor ini, tulisnya. Aku tidak ingin mempertikaikan apa apa. Mungkin ada orang yang dianugerahkan sesuatu yang spesial untuknya, seperti seorang imam mazhab yang boleh nampak jenis dosa yang gugur apabila seseorang mengambil air sembahyang.

Baru baru ini aku baca sebuah buku yang memuatkan cerita seorang imam besar yang mujtahid mengkhatamkan Al Qur'an sebanyak 60 kali dalam bulan Ramadhan, maknya beliau mengkhatamkan Qur'an 2 kali sehari selama 30 hari bulan Ramadhan. Kalau Allah mengizinkannya tentulah masa yang panjang boleh dicompact kan nya supaya imam ini boleh khatam 2 kali sehari.

Tetapi aku lebih senang dan lebih mudah terima cerita Al Marhum HAMKA dalam kitab tafsirnya, Tafsir Al Azhar yang mengatakan beliau khatam membaca Qur'an lebih 100 kali selama 2 tahun semasa dalam tahanan.