Wednesday, July 9, 2014

TARANNUM FOR EXPORT

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Teringat sebuah institusi pengajian tinggi menganugerahkan ijazah kehormat kepada seorang pemain biola ikonik yang sudah almarhum. Keahlian dan kejagohan penggesek biola tersebut tidak dapat disangkal lagi dan aku merasakan wajar almarhum dianugerahkan penghormatan yang sedemikan.

Dalam satu usrah beberapa tahun dulu, pernah kami bincangkan tentang kehebatan qari almarhum Ismail Hashim, yang memenangi pertandingan tilawah Al Qur'an sebanyak 8 kali. Kami bertanya, mengapa institusi pengajian tinggi memandang sepi keahlian beliau dalam bidang tilawah Al Qur'an. Mengapa tiada institusi pengajian tinggi yang mengambil beliau sebagai tenaga pengajar, atau fellow atau karyawan tamu sebagai mengi'tiraf keahlian dan kepakaran beliau dalam bidang berkenaan. 

Sekiranya diambil, tentulah beliau boleh mengembangkan ilmu beliau kepada masyarakat dengan lebih meluas lagi.

Tidak berapa lama selepas perbincangan tersebut, beliau kembali ke rahmatullah.

Sepanjang sejarah tilawah Al Qu'ran, Malaysia telah menjuarai sebanyak 30 kali. Kalau anda dengarkan bacaan qari Malaysia yang menang pada tahun ini, 2014,  Ahmad Tirmizi Bin Haji Ali dan qariah  Hanimzah Binti Jalaluddin, bacaan mereka memang sangat handal.

Mengapa Malaysia tidak mengekspot kepakaran ini ke seluruh dunia? Tubuhkan pusat pusat tarannum seluruh dunia, ajarkan seluruh dunia ilmu tarannum.

Tubuhkan badan mengawal selia tarannum di peringkat dunia. Seperti FIFA yang mengawal permainan bola sepak.

Kalau ini dilakukan, kepakaran membaca Al Qur'an bukan sahaja memberi pahala, melonjakkan imej, malah membawa masuk

fulus