Friday, May 16, 2008

PITA LINGGAM DAN PELACUR POLITIK

Assalamulaikum,

Siasatan oleh Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes yang dinanak Pita Lingam telah pun mengemukakan laporannya. Beberapa perkara perlu diperjelaskan oleh pemerintah untuk mengembalikan kewibaan institusi kehakiman di negara ini. Tetapi ada beberapa perkara yang menjadi tanda tanya kepada kita lanjutan daripada laporan ini.
1. Kenapa akhbar Utusan Malaysia tidak mengeluarkan apa-apa berita mengenainya
2. Rotting atau kereputan atau bonyo dalam banyak hal di negara kita ini bukan sahaja bermula dizaman pemerintahan pm sekarang, tetapi telah berakar umbi dari zaman pm yang mendahului beliau.
3. Perkara yang didedahkan oleh laporan suruhanjaya ini adalah hujung kecil dari pelbagai kebobrokan yang terdapat dalam pemerintahan negara ini.
4. Dan banayak lagi....
Dengan terdedahnya segala kebusukan yang siatan kes Pita Lingam ini, rakyat akan ternanti-nanti tindakan yang akan diambil oleh mereka. Adakah perkara seperti ini juga akan dissorokkan di bawah karpet?
Dua tiga hari lepas keluar kenyataan dari menteri penerangan bahawa mereka yang cuba menarik wakil rakyat untuk melompat ke pareti lain adalah pelacur politik. Kita saksikan bersam nanti, hasil daripada apa yang disarankan oleh Suruhanjaya Diraja ini, siapakan nanti sebenarnya pelacur politik.