Friday, May 16, 2008

SEKIRANYA 30 MP BENAR-BENAR LOMPAT

Assalamualaikum,


Sering dihebohkan sekiranya ada ahli parlimen dari BN yang melompat parti dan menyertai PR, apakah implikasinya. Ada akhbar alternatif yang menyarankan Anwar Ibrahim berpeluang menjadi PM sekiranya perkara tersebut benar-benar berlaku. Apakah ini mungkinberlaku?


Perkara pertama yang perlu dilalui oleh usaha menyeberangkan Ahli parlimen BN ke PR ini ialah untuk mendapatkan jumlah minima yang diperlukan bagi mendapatkan majoriti mudah. Jumlah ini ialah 30. Samada ini mampu dilakukan atau pun tidak, kita tidak mengentahuinya. Yang mengetahuinya ialah Anwar Ibrahim.


Katakan jumlah itu boleh didapati, dan memang telah diperaku akan dapat. Tetapi keadaan sebenarnya yang akan berlaku dalam parlimen juga tidak kita ketahui. Pada masa pengundian berlangsung,[kalau ia berlaku], kita masih lagi tidak tahu samada jumlah itu boleh didapti atau tidak.


Katakanlah selepas pengundian, jumlah itu didapati, dan BN hilang majoriti mudahnya di parlimen, apakah yang akan berlaku? Pengalaman daripada apa yang pernah berlaku diluar negara ialah, sekiranya kerajaan yang memerintah hilang kepercayaan ahli parlimen mereka, maka kerajaan tersebut dibubarkan dan pilihan raya baru diadakan untuk menyelesaikan kemelut tersebut. Paling mutakhir, ia berlaku di Turki and Serbia.


Kalau ia berlaku di Malaysia, arah yang dituju oleh politik negara ialah pembubaran parlimen dan mengadakan oilihan raya baru. Kemungkinan pertukaran kerajaan dari BN ke PR adalah diluar kebiasaan politik dunia, dan Malaysia juga tidak terkecuali dalam hal ini.


Kalau ini yang berlaku, peluang untuk menukar kerajaan dan menukar perdana menteri hanya dengan satu sesi pengundian dalam parlimen sahaja sukar direalisasikan. Sekiranya pengundian, atau ahli parlimen BN melompat sebelum perdana menteri dilantik, maka peluang untuk menukar kerajaan dan perdana menteri boleh dilakukan. Dalam keadaan sekarang, jalan ini nampaknya tidak terbukan lagi.


Oleh itu, sekiranya, benar berlaku lompatan ini, kemungkinan yang paling cerah ialah kita akan menghadapi pilihan raya lagi sekali. Apabila kita perlu menghadapi pilihan raya sekali lagi, bacaan saya ialah mereka yang telah berjanji untuk melompat tadi akan tukar pendirian, dan suasana akan kembali kepada keadaan asal.


Jadi, kalau tidak ada apa-apa hal besar, Pak Lah kekal untuk sementara ini.