Tuesday, July 8, 2008

GHAIBNYA BALA

Assalamualaikum,

Dah sekian harinya Balasubramaniam ghaib. Dan ramailah orang yang tertanya-tanya ke manakah perginya si Bala ni. Saya harap anda tidak terpesona dengan silap mata ini dan sepatutnya anda telah menduga ini akan berlaku. Cuma saya ingin tarik perhatian anda kepada beberapa insiden yang mungkin ingin anda renungkan.
Pernah dengar nama Prof. Zulkifli Muhammad? Almarhum adalah bekas Yang Di Pertua PAS yang mati dikatakan kerana kemalangan jalan raya. Kajian di Universiti Malaya menunjukkan kepada arah kemungkinan beliau bukan mati kerana kemalangan jalan raya. Apakah punca sebenar kematian beliau?
Mat Sabu ditangkap khalwat. Peristiwa ini berlaku dlam tahun 1995. Cara Mat Sabu diperangkap ada mirip cerita dalam mission impossible. Dan perancangan itu menjadi, cuma yang tak menjadi ialah Mat Sabu dibebaskan oleh mahkamah.
Dato' Abu Hassan Omar, bekas menteri besar Selangor, dijatuhkan dari tahta kerajaan negeri Selangor dengan cara yang sangat memalukan. Artikel memburukkan beliau diterbitkan di sebuah akhbar di Indonesia bernama Java Post, yang mana dalam artikel tersebut telah diberikan pelbagai detail yang tidak termampu dikeluarkan oleh orang biasa.
Pilihan raya kecil Lunas yang mana Saifudin Nasution bertanding atas tiket parti Keadilan dan menang adalah disebabkan penyandang kerusi tersebut dari kerabat BN telah mati ditembak semasa dalam kenderaan di jalan raya. Sampai hari ini berita selanjutnya tidak kedengaran.
Pejabat peguam Raja Addruce, salah seorang peguam yang mewakili Anwar Ibrahim dalam kes tuduhan palsu liwat yang pertama, telah dipecah masuk. Peti besi dipecah, dan dokumen penting hilang.
Dan Bala hilang. Dan banyak lagi. Tetapi jalan ceritanya hampir sama.